web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Dera Bayi Di Taska Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 12:20PM

Seorang wanita berusia 21 tahun ditahan awal pagi tadi untuk membantu siasatan kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, Skudai, Johor - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 21 tahun ditahan awal pagi tadi untuk membantu siasatan kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, Skudai, Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, wanita berkenaan ditahan pada jam 2 pagi tadi di Selesa Jaya, Skudai, oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Iskandar Puteri.

“Semalam, Polis Kontinjen Johor mengesan dua video tular di media sosial berdurasi 48 saat dan 39 saat menunjukkan seorang perempuan mengasari seorang bayi.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di Mutiara Rini, melibatkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujarnya lagi, permohonan reman ke atas wanita itu akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru, hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, taska tersebut didapati beroperasi secara tidak sah.

Beliau turut mengalu-alukan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk terus menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Lavanya di talian 019-8822403 untuk membantu siasatan.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang wanita mengasari seorang bayi yang tidak diketahui umurnya di sebuah Taska di selatan tanah air. 

Bayi terbabit kedengaran menangis sebelum diangkat wanita terbabit. – Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad