web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Prestasi Azam Baki Memuaskan, Lanjutan Kontrak Wajar – Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 12:47PM

Azam Baki - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan kerajaan menyambung kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk kelakuan Azam semasa menjalankan tugasnya.

“Beliau (Azam) dilantik pada zaman (mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Setakat ini, saya memantau prestasinya dan beliau telah melaksanakan (tugasnya) dengan baik. Atas dasar itu, kami memutuskan untuk meneruskan perkhidmatannya,” kata Anwar ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Minggu lalu, pengumuman penyambungan kontrak Azam mendapat bantahan pihak tertentu kerana beliau sebelum ini terlibat dalam kontroversi pemilikan saham dalam dua syarikat tersenarai awam.

Susulan dakwaan terbongkar awal tahun lalu, Anwar dan pemimpin PH lain yang ketika itu menjadi sebahagian daripada pembangkang, lantang bersuara mengkritik Azam sambil menggesa SPRM meneliti perkara tersebut.

Azam secara konsisten menafikan sebarang salah laku dengan mendakwa saham itu dibeli adiknya, Nasir Baki yang menggunakan akaun dagangannya dengan persetujuan beliau.

Berucap di Dewan Rakyat pada Mac, Anwar berkata, beliau memutuskan untuk tidak menukar Azam mengetuai badan anti rasuah itu kerana tidak mahu menimbulkan persepsi ketua pesuruhjaya perlu diganti setiap kali Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah.

Anwar juga berkata, beliau tiada masalah menyerahkan keputusan sama ada kontrak Azam perlu dilanjutkan kepada Jawatankuasa Parlimen berkaitan, atau jika Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu perlu dilantik. - The Vibes, 15 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad