web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPDN Akan Perluas Inisiatif Payung Rahmah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 9:22PM

Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak pakej menerusi Payung Rahmah selepas inisiatif itu mendapat sambutan baik daripada penggerak industri dalam pelbagai sektor. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan akan memperkenalkan lebih banyak pakej menerusi Inisiatif Payung Rahmah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, langkah itu diputuskan kerana inisiatif terbabit menerima sambutan baik daripada penggerak industri dalam pelbagai sektor.

"Saya tak menduga limpahan daripada program ini sudah menampakkan kesan yang saya anggap seperti cahaya di hujung terowong. 

"Ekonomi rakyat dapat dibantu dan diterjemah menerusi tindakan paling realistik tanpa perlu menggunakan falsafah ekonomi yang tinggi," katanya ketika berucap pada sesi Bicara Rakyat sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Salahuddin Ayub - Gambar fail
Salahuddin Ayub - Gambar fail

Menurut beliau, antara pakej bakal diperkenalkan ialah Insurans Rahmah yang dijangka dilancarkan hujung bulan ini.

Jelasnya, walaupun banyak pihak mempertikai dan mempersoal sama ada Inisiatif Payung Rahmah dapat diteruskan secara mampan atau sebaliknya, kejayaan dikecapi selama ini dan dukungan oleh pemain industri banyak membantu. 

"Berbekalkan sokongan pemain indsutri, lebih 14,000 jenis barangan boleh dibeli rakyat dengan diskaun antara tiga hingga lima peratus.

"Ini bermakna setiap isi rumah yang berbelanja di kedai yang menyertai program Pakej Jualan Rahmah mampu berjimat antara RM20 hingga RM25 untuk setiap pembelian," katanya.

Dalam pada itu, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH memaklumkan, ekonomi rakyat mempunyai masa depan besar terutama dalam bidang francais yang bernilai lebih RM25 bilion pada tahun lalu.

"Gig ekonomi yang akan kita tampilkan nanti akan menyaksikan bagaimana sistem melalui digital ini dapat menggerakkan ekonomi.

"Ini bermakna masyarakat tanpa memiliki pejabat pun akan dapat jadi jutawan melalui sistem yg akan kita bangunkan ini," katanya. - Getaran, 14 April 2023. 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi