web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPDN Lakukan Audit Pastikan Bakul Rahmah Sampai Ke Sasaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 9:37PM

Salahuddin Ayub - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalankan audit sepanjang proses agihan Bakul Rahmah fasa satu, bagi memastikan bantuan itu sampai kepada setiap golongan sasar.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan mengemas kini data supaya lebih tepat pada masa akan datang menggunakan mekanisme yang bersesuaian.

"Untuk pastikan (Bakul Rahmah) sampai ke sasaran kita gunakan mekanisme yang ada, kita ada eKasih, ada juga data Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ada juga data KPDN sendiri.

"Selain itu kita juga akan guna pakai senarai yang dikemukakan wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, mereka lebih tahu (golongan sasar)," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan ‘lori Rahmah’ peringkat negeri Terengganu di Driving Range Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.

Sebanyak 1,600 Bakul Rahmah yang setiap satunya bernilai RM100 disasarkan untuk golongan miskin tegar diedarkan hari ini.

Salahuddin berkata agihan fasa satu Bakul Rahmah dijangka selesai menjelang Jun yang melibatkan 130,000 isi rumah miskin tegar di seluruh negara.

"Bagi fasa kedua, ketiga dan seterusnya kita akan adakan libat urus dengan pihak industri yang akan terus menyumbang dan saya yakin dan percaya program ini akan terus memanfaatkan rakyat," katanya.

Katanya bersesuaian dengan tema program iaitu 'Rahmah for All', kerajaan tidak memandang latar belakang politik penerima termasuk rakyat di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang berada di bawah pentadbiran pembangkang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad