web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Unit Pusat TVET Ditubuhkan Selaras Pengambilan Pelajar, Sesi Pengajian Institusi TVET Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 9:16PM

Ahmad Zahid Hamidi (tengah) pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Antara Kolej Ketengah Sdn Bhd dengan Eastern Steel Sdn Bhd dan Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur di sebuah hotel, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Unit Pusat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan diwujudkan bagi menyelaras pengambilan pelajar serta sesi pengajian di 1,260 institusi TVET di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata unit itu juga akan bertindak memastikan tidak berlaku persaingan antara institusi TVET yang mendorong berlakunya pertindihan kursus yang ditawarkan.

"Dengan peruntukan besar yang disediakan kerajaan, kita perlu pastikan ada unit yang bertindak menyelaras aspek pengambilan, kursus dan sesi pengajian institusi TVET agar tidak berlaku pertindihan dan persaingan sesama mereka.

Langkah ini akan memastikan pentadbiran institusi TVET yang lebih efisien selaras peruntukan besar yang disediakan kerajaan bagi program kemahiran itu, yang pastinya mampu meningkatkan lagi nilai kebolehpasaran graduan TVET," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penandatanganan memorandum perjanjian memperkasa pembangunan TVET di Wilayah Ketengah antara Kolej Ketengah Sdn Bhd dengan Eastern Steel Sdn Bhd dan Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata Unit Pusat TVET itu berfungsi sebagaimana Unit Pusat Universiti (UPU) yang menyelaras kemasukan ke Universiti Awam.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bersama 12 orang menteri daripada kementerian yang menawarkan program TVET di bawah agensi masing-masing akan memastikan Unit Pusat TVET  ini dapat melaksanakan penyelarasan dan fungsinya secepat mungkin.

Beliau berkata untuk permulaan, langkah penyelarasan ini akan dilakukan bagi sesi pengambilan pelajar pada Julai dan Ogos akan datang melalui sebuah sekretariat di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia.

"Saya yakin langkah ini akan meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan TVET yang ketika ini berada di bawah 90 peratus kecuali lepasan TVET daripada UniKL yang telah mencapai 98 peratus," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata langkah yang diambil Kolej Ketengah menjalin kerjasama strategik dengan Eastern Steel dan Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur akan memperkasakan lagi keupayaan institusi berkenaan melahirkan graduan TVET berkemahiran tinggi.

Ahmad Zahid berkata kerjasama memperkukuh jaringan strategik dengan rakan industri ini membantu memberi peluang kepada golongan belia khususnya di Wilayah Ketengah untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang diceburi melalui pendekatan tempatkan dan latih. 

Pendedahan serta kepakaran dari rakan industri ini akan memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan pelajar dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad