web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penempatan PATI Ibu Negara Diserbu, 91 Dicekup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 5:29PM

Seramai 91 PATI ditahan dalam serbuah di unit pangsapuri di Jalan Kampung Abdullah Hukum, Kuala Lumpur, kelmarin. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Satu penempatan warga asing di ibu negara diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kelmarin.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, serbuan di unit pangsapuri di Jalan Kampung Abdullah Hukum di sini itu berjaya membawa kepada penangkapan 91 pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut beliau, ia dilakukan hasil maklumat orang awam yang bimbang dengan peningkatan jumlah warga asing di unit terlibat.

“Operasi ini dikenali sebagai Op Sapu dan ia melibatkan pemeriksaan ke atas 100 unit rumah bermula jam 12.15 tengah malam.

“Hasil pemeriksaan, 91 PATI termasuk 28 wanita berusia antara 20 hingga 55 tahun ditahan “ katanya.

Syamsul memberitahu, pemeriksaan berkenaan dilakukan ke atas 254 warga asing yang menginap di pangsapuri berkenaan.

“Tangkapan terbesar melibatkan warga Indonesia iaitu 33 individu, diikuti oleh Bangladesh (21), Pakistan (9), Myanmar (17), Nepal (8), India (2) dan Filipina (1).

“Ada juga PATI cuba bersembunyi ketika serbuan dilakukan, malah ada yang enggan memberikan kerjasama apabila tidak mahu membuka pintu rumah,” katanya.

Jelasnya, majoriti PATI yang ditahan itu memiliki pekerjaan sebagai pekerja kebersihan dan buruh binaan di sekitar kawasan Bangsar.

Katanya, pihaknya juga mendapati kebanyakan unit didiami warga asing ini sudah diubah suai bagi membolehkan ia didiami lebih ramai penghuni.

“Ada unit yang sudah diubah suai oleh pemilik sehingga boleh menampung sehingga 10 penghuni.

“Kami akan sentiasa menjalankan operasi dari semasa ke semasa demi memastikan lambakan PATI ini mampu dibendung,” katanya.

Difahamkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c), akta yang sama. - Getaran, 13 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam