web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya Tak Hormat Senior, Pelajar Ditumbuk, Ditendang, Dicekik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 5:29PM

Kejadian buli membabitkan sekumpulan pelajar yang tular baru-baru ini. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Tingkatan 3 bukan sahaja ditumbuk di dada, malah ditendang di belakang badan dan dicekik sekumpulan pelajar senior di Trek Motocross Bukit Mar Mar, Kemensah, Ampang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak berkata, kejadian itu berpunca perselisihan faham akibat tidak hormat antara mangsa dan sekumpulan pelajar senior Tingkatan 5.

“Pada 8 Mei jam 9.30 pagi semasa di tangga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati, mangsa ditumbuk di dada, dicekik dan ditendang di belakang oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan 5.

“Mangsa turut diugut akan disiku di bahagian muka sekiranya tidak berjumpa di Anjung Selera. Kira-kira jam 3 petang mangsa diajak oleh lima suspek ke Bukit Mar Mar, Kemensah lalu dipukul,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, seorang daripada suspek turut menumbuk mangsa di muka sebanyak empat kali.

Katanya, kejadian tersebut turut disaksikan kira-kira 10 hingga 15 pelajar lain.

“Mangsa mengalami kecederaan di dahi, luka di tepi kening kiri dan rahang di muka kiri manakala belakang tengkuknya turut sakit serta bengkak.

“Punca kejadian adalah disebabkan selisih faham tidak hormat antara pengadu dan sekumpulan pelajar senior Tingkatan 5,” katanya.

Terdahulu, insiden itu tular selepas tiga video dimuat naik seorang pengguna Instagram memaparkan mangsa yang keseorangan, hanya mampu terbaring sambil cuba melindungi diri daripada terus dipukul suspek.

“Kau tak 'respect’!,” kata seorang daripada suspek sambil menumbuk kepala dan badan mangsa secara bertubi-tubi.

Mengulas lanjut, Mohd Farouk berkata semua suspek sudah dipanggil untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

“Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Pihak polis memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam perbuatan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap orang lain,” katanya. – 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad