web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Penubuhan Majlis Media Malaysia Dijangka Dibentang Mac 2024 - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 9:23PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) dijangka dibentangkan di Parlimen menjelang Mac tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Setakat ini, beliau berkata proses itu memerlukan satu memorandum mengenainya dikemukakan kepada Kabinet.

“Kami perlu melalui proses itu terlebih dahulu, kemudian melalui Pejabat Peguam Negara dan seterusnya ke Parlimen.

Kami berharap sebelum penghujung tahun sama ada dalam sesi Oktober atau sesi Februari atau Mac 2024, RUU itu boleh dibentangkan,” katanya kepada media selepas perjumpaan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Pada 3 Mei lepas, Fahmi dilaporkan berkata kerajaan sedang melihat kepada beberapa RUU berkaitan media, termasuk draf RUU untuk penubuhan MMC dalam usaha memastikan kebebasan akhbar di negara ini.

Beliau berkata pada masa ini draf RUU MMC berada di peringkat perbincangan dalam kalangan organisasi media, syarikat berkaitan dan persatuan pengamal media. 

Sementara itu mengenai insiden kebocoran data yang dilaporkan melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Fahmi berkata Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah berhubung dengan universiti itu untuk memastikan UiTM mengisi borang notifikasi kebocoran data serta memberikan kerjasama dalam beberapa perkara.

“Saya difahamkan sepatutnya hari ini maklumat itu disampaikan kepada JPDP. Setakat ini saya belum terima apa-apa maklumat terkini tetapi saya harap kita dapat kenal pasti apa yang berlaku dan mengelakkannya daripada berulang,” katanya.

Beliau berkata keutamaan perlu diberikan kepada pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi bagi memastikan pemegang data memahami aspek penyimpanan data selain pengurusan data dilakukan dengan lebih cermat dan teratur pada masa depan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad