web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Akan Bersemuka Dengan Kesatuan Eropah Berkaitan Pelaksanaan EUDR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 6:06PM

Misi penting bagi mencari jalan penyelesaian isu minyak kelapa sawit itu akan turut disertai pemain industri bagi memastikan tidak ada sebarang tindakan semborono dilakukan apabila hasil produk kelapa sawit sampai ke negara EU. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia akan bersemuka dengan pemimpin negara anggota Kesatuan Eropah (EU) di Brussel, Belgium, pada hujung bulan ini untuk memastikan produk kelapa sawit yang dieksport ke EU tidak disekat apabila Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dilaksanakan.

Memberi jaminan eksport kelapa sawit tidak akan terjejas dengan pelaksanaan EUDR, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata misi libat urus antara Malaysia dan pemimpin EU itu menunjukkan kerajaan komited untuk menyelesaikan sebarang isu berbangkit mengenai perkara tersebut.

"Diharapkan kita akan dapat penjelasan yang baik daripada mereka dan komitmen mereka supaya Malaysia tidak akan dirating (dinilai) sebagai negara berisiko tinggi. Ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kepada pekebun kecil,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Sri Satria, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Duta Besar EU ke Malaysia Michalis Rokas yang mengatakan minyak sawit dihasilkan pekebun kecil di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan terjejas dengan pelaksanaan EUDR.

Fadillah Yusof - Gambar fail
Fadillah Yusof - Gambar fail

Fadillah berkata misi penting bagi mencari jalan penyelesaian isu minyak kelapa sawit itu akan turut disertai pemain industri bagi memastikan tidak ada sebarang tindakan semborono dilakukan apabila hasil produk kelapa sawit sampai ke negara EU.

 “Untuk itu kita mahu adakan jalinan supaya memahami antara satu sama lain, sebab di Malaysia kita juga memberi komitmen bahawa pematuhan kepada alam sekitar dan semua standard antarabangsa termasuk pekerja akan kita laksanakan.

“Ini termasuk mewujudkan standard MSPO (Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia) supaya dengan pematuhan kepada segala standard dunia terutama kelestarian alam sekitar, tidak akan ada lagi pembukaan hutan-hutan simpan kekal diceroboh dan sebagainya,” katanya.

Fadillah berkata Indonesia juga akan turut menyertai misi tersebut susulan pertemuan dan perbincangan  antara presiden republik itu Joko Widodo (Jokowi) dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Isnin lepas, Jokowi dilaporkan berkata Indonesia dan Malaysia perlu bersama-sama menjadi rakan kongsi untuk bekerjasama dalam pengeluaran minyak sawit bagi masa depan industri komoditi itu dan seterusnya memerangi lobi anti minyak sawit yang dilaksanakan EU ketika ini. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad