web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ibu Tunggal Gagal Batal Pertukaran Agama 3 Anak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 4:37PM

Loh Siew Hong - Gambar The Vibes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal, Loh Siew Hong, Mahkamah Tinggi di sini, gagal dalam usaha membatalkan penukaran agama Islam secara sepihak ke atas tiga anaknya, selepas Mahkamah Tinggi di sini, menolak pemohonannya berkaitan perkara itu,

Hakim Mahkamah Tinggi, Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, tidak ada bukti bahawa ketiga-tiga anaknya, masing-masing pasangan kembar perempuan berusia 14 tahun dan anak lelaki 11 tahun, berhenti menganut Islam.

“Pemohon tidak menafikan dakwaan (oleh bekas suaminya) bahawa ketiga-tiga anak itu terus mengamalkan ajaran Islam dengan melakukan solat Subuh ketika mereka berada di bawah jagaan,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Wan Farid berkata, keinginan ketiga-tiga anak wanita itu untuk mengikuti amalan Islam, termasuk cita-cita seorang daripada tiga adik-beradik berkenaan untuk menjadi peguam syarie, adalah bukti mencukupi bahawa mereka adalah Islam.

Tegasnya, walaupun Siew Hong tidak bersetuju dengan dakwaan itu (mengikuti ajaran keagamaan), ia tetap menjadi ‘penafian semata-mata’.

Selain itu, Wan Farid berkata, biarpun sijil tukar agama tidak dianggap sebagai bukti kukuh, mengambil kira ia bersifat satu pihak, ‘kekuatan bukti’ menunjukkan ketiga-tiga anaknya itu terus mengikuti ajaran Islam.

Malah, beliau menegaskan, keputusan itu tidak bertentangan dengan kes Indira Gandhi, iaitu seorang ibu beragama Hindu yang terbabit dalam pertikaian hak penjagaan anak antara agama, tetapi ‘menambah baik interpretasinya’ dengan mengambil kira kes berikutnya.

Pada akhirnya, Wan Farid berkata, mahkamah memberikan keutamaan kepada kesejahteraan anak-anaknya kerana tidak ada bukti di hadapan mahkamah bahawa mereka kembali menganut Hindu.

“Tidak ada bukti di hadapan saya bahawa ketiga-tiga anak itu kembali kepada agama Hindu.

“Ada satu aspek kes Indira Gandhi yang jarang dibincangkan dalam kes dilaporkan seterusnya. Ia berkaitan dengan kesejahteraan anak-anak yang harus diberikan keutamaan,” katanya.

Sementara itu, peguam Siew Hong, iaitu A Srimurugan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan. – Getaran, 11 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan