web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penduduk BRP Bantah Rancangan ‘Korban’ Kawasan Hijau Untuk Bina Jalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 9:05AM

Kumpulan Save Padang BRP ditubuhkan pendudukan kawasan perumahan itu akan mengadakan bantahan secara aman di Padang Awam BRP kira-kira jam 8 pagi Sabtu ini. - Gambar ihsan Kumpulan Save Padang BRP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SG BULOH - Penduduk di beberapa kawasan perumahan pinggir bandar di Bukit Rahman Putra (BRP) menggesa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pemaju meneliti semula alternatif untuk membina jalan masuk ke situ yang akan menjejaskan satu-satunya kawasan hijau di penempatan itu.

Kumpulan Save Padang BRP ditubuhkan pendudukan kawasan perumahan itu akan mengadakan bantahan secara aman di Padang Awam BRP kira-kira jam 8 pagi Sabtu ini, selepas surat yang dihantar kepada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ahli majlis, malah Menteri Besar Selangor tidak menerima maklum balas diharapkan.

Ahli Save Padang BRP, Munis Muniandy berkata, bantahan itu bertujuan menarik perhatian terhadap kepentingan padang terbabit dan kira-kira 80 pokok matang besar yang semestinya akan ditebang bagi membina jalan masuk berkenaan.

Bantahan itu bertujuan menarik perhatian terhadap kepentingan padang terbabit dan kira-kira 80 pokok matang besar yang semestinya akan ditebang bagi membina jalan masuk berkenaan. - Gambar Kumpulan Save Padang BRP
Bantahan itu bertujuan menarik perhatian terhadap kepentingan padang terbabit dan kira-kira 80 pokok matang besar yang semestinya akan ditebang bagi membina jalan masuk berkenaan. - Gambar Kumpulan Save Padang BRP

Ini adalah sebahagian daripada kelulusan diberikan MPS kepada pemaju untuk projek pembinaan 2,000 unit pangsapuri bagi Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), selain rumah teres dan banglo.

Pembinaan itu dijangka menambah 6,000 unit rumah baharu di kawasan itu yang kini mempunyai 24,000 penduduk, kata Munis kepada The Vibes.

Bantahan pada Sabtu itu akan menyaksikan cat merah dijadikan tanda pada pokok, selain papan tanda di projek yang akan dibangunkan berhampiran padang, seperti dilihat penduduk dua minggu lalu.

Penduduk menyifatkan taman awam dan pokok di situ adalah ‘syurga’ bagi mereka yang melakukan aktviti riadah, seperti jogging, latihan ‘qigong’ dan senamrobik..

Kawasan hijau itu juga mempunyai peralatan senaman, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, gelanggang bola keranjang berbumbung serta gelanggang badminton dan sepak takraw, malah ia sudah diwartakan sebagai kawasan hijau dalam rancangan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

Ahli Save Padang BRP menaikkan kain rentang bantahan penduduk di atas papan tanda projek terbabit. - Gambar ihsan Kumpulan Save Padang BRP
Ahli Save Padang BRP menaikkan kain rentang bantahan penduduk di atas papan tanda projek terbabit. - Gambar ihsan Kumpulan Save Padang BRP

“Kira-kira 20 hingga 25 peratus kawasan hijau akan lenyap jika jalan masuk dibina di perimeter taman itu.

“Penduduk kecewa MPS meneruskan projek itu walaupun ada bantahan. Kami cuma mahu pihak majlis duduk bersama kami membincangkan alternatif lain yang tidak menjejaskan taman itu,” kata Munis, 54, yang tinggal di kawasan itu selama lebih 20 tahun dan jurucakap kepada kumpulan Save Padang.

Tiada penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas jalan masuk dicadangkan itu akan dibina di atas laluan berpokok sedia ada bersempadan dengan taman seluas 3.25 hektar yang terletak di belakang sebuah sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rahman Putra (SMKBRP).

Munis berkata, penduduk juga mahu mengetahui rancangan membina kawasan parkir baharu di belakang sekolah berkenaan yang akan menjejaskan taman berkenaan.

Beliau menegaskan, parkir dan jalan masuk baharu tidak diperlukan, sebaliknya laluan sedia ada antara belakang sekolah dan jalan utama, iaitu Jalan BRP 7/1, boleh ditambah baik dengan tempat menurunkan dan menjemput serta laluan berbumbung diperbanyakkan, bagi membolehkan pelajar berjalan keluar untuk diambil ibu bapa atau bas sekolah mereka tanpa perlu melalui taman.

“Ini hanyalah satu daripada cadangan lain yang penduduk ada dan kami mahu diberi peluang untuk bercakap dengan MPS mengenainya,” kata Munis.

Beliau juga berkata, cadangan jalan masuk di sekitar perimeter taman dan belakang sekolah, tidak akan membantu menyelesaikan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan, seperti didakwa MPS, selain hanya akan mewujudkan kesesakan di pelbagai persimpangan di situ.

Tangkap layar video yang dimuat naik Munis Muniandy di TikTok account (@coolmunny). - Gambar tangkap layar @coolmunny
Tangkap layar video yang dimuat naik Munis Muniandy di TikTok account (@coolmunny). - Gambar tangkap layar @coolmunny

“Tiada perancangan yang betul untuk memastikan aliran trafik lancar,” kata Munis sambil menyatakan cadangan jalan susur terlalu dekat dengan persimpangan lampu isyarat dan terdapat ruang terhad untuk kenderaan membuat pusingan U, manakala lot kediaman serta kedai terpaksa berkongsi pintu masuk dan keluar yang sama.

‘Penyelesaian’ jimat kos?

Penduduk juga mempersoalkan keperluan mewujudkan jalan masuk di pinggir taman itu, memandangkan jaraknya kira-kira 1 kilometer (km) dari projek perumahan baharu itu yang akan dibangunan di kawasan tanah rizab Melayu yang luas.

Projek itu mahu menggunakan jalan utama di Jalan BRP 7/1 untuk akses dan cadangan jalan di tepi taman berkenaan, bertujuan mengurangkan kesesakan di sana.

Bagaimanapun, Munis menyatakan Jalan BRP 7/1 juga adalah satu-satunya laluan utama ke semua pinggir bandar perumahan di kawasan berkenaan, iaitu Taman BRP 7/1, Taman Canterbury, Taman Tiara Putra, Taman Tiara Puteri, Taman Tropika Putra, Taman Idaman Putra. Taman Aman Sari dan Taman Azalea.

Beliau berkata, terdapat akses lain lebih baik untuk jalan masuk ke projek kediaman baharu yang akan melancarkan aliran lalu lintas dan bukannya, menumpukan kepada di laluan sedia ada, tetapi ia akan menelan kos lebih tinggi.

“Ia jelas sekali cara pemaju untuk mengurangkan kos mereka.

“Cadangan jalan masuk (di tepi taman) hanya akan menangani lalu lintas puncak pada waktu sekolah dan tidak akan menyelesaikan kesesakan lalu lintas di jalan utama. Mengapa taman itu perlu dikorbankan dalam kes itu?” Munis berkata.

Tambahnya, menebang pokok matang di pinggir taman itu juga akan menjejaskan kualiti air di lokaliti dan kesihatan serta kesejahteraan pengguna dan penduduk taman itu.

Penduduk membantah rancangan yang akan menjejaskan taman itu sejak September 2019, apabila mereka pertama kali dimaklumkan mengenai projek terbabit semasa taklimat oleh MPS bersama pemaju, Pencala Jaya.

Bagaimanapun, Munis berkata, penduduk tidak dipanggil menghadiri mesyuarat berhubung cadangan pelan induk projek itu, termasuk rancangan membabitkan jalan raya di kawasan mereka.

Hanya pihak SMKBRP dan pemaju bertemu dengan pihak majlis berhubung perkara itu, sebelum cadangan projek itu dimaklumkan kepada penduduk.

Memetik laporan Star Metro berhubung perkara itu pula, ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dilaporkan berkata, beliau akan mendengar kebimbangan penduduk berhubung pemuliharaan taman berkenaan dan pada masa sama, mengambil kira keperluan sekolah untuk menangani kesesakan lalu lintas. – The Vibes, 11 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Terkejut Penemuan Rangka, Tak Hidu Bau Busuk Atau Dengar Jeritan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Bantah Keras Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Tun M - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tentangan GERAKAN Bukti PN Lebih Liberal Dari DAP, ‘Kenapa PAS Diam Saja?’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan