web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Angkara Tegur Saiz Payudara, Pengurus Syarikat Maut Ditikam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 12:08PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengeluarkan perkataan tidak senonoh, seorang pengurus syarikat maut ditikam dalam pergaduhan di sebuah gerai makan di Taman Kenanga, Tengkera, Melaka, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun datang ke gerai makan tersebut bersama rakan-rakannya dalam keadaan mabuk kira-kira jam 2 pagi.

Menurut beliau, selepas makan, berlaku pertengkaran antara mangsa dengan seorang ahli perniagaan dan pengawal peribadi lelaki terbabit masing-masing berusia 36 dan 27 tahun.

Katanya, pertengkaran itu kemudian membawa kepada pergaduhan, didakwa berpunca apabila mangsa ada bercakap kepada rakannya mengenai saiz payudara seorang wanita yang juga pelanggan di gerai tersebut.

“Pengawal peribadi kepada ahli perniagaan terbabit yang terdengar percakapan itu kemudian menegur mangsa dengan mengatakan wanita terbabit adalah ‘madamnya’.

“Pertengkaran kemudian menjadi tegang dan berlaku tolak-menolak serta tumbuk-menumbuk antara mangsa, pengawal peribadi dan juga ahli perniagaan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Christopher berkata, mangsa yang cedera dan tidak sedarkan diri kemudian dibawa ke Hospital Melaka oleh dua rakannya untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia akibat luka tikaman di jantung.

Susulan itu, beliau berkata, suspek berusia antara 26 hingga 38 tahun termasuk teman wanita ahli perniagaan terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

“Dipercayai mangsa mati akibat ditikam oleh pengawal peribadi itu dan polis turut merampas pisau serta batang besi yang digunakan dalam pergaduhan terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – Getaran, 10 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar