web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Persekutuan Tambah Dana Segerakan Pelaksanaan LRT Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 4:34PM

Anwar Ibrahim berkata, dana untuk pembangunan LRT di Pulau Pinang itu merangkumi geran dan pinjaman Persekutuan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dana tambahan daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepatkan pembangunan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang.

Bercakap sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Malaysia MADANI di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh di sini, petang tadi, Anwar berkata, Pulau Pinang memerlukan perhatian berikutan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk.

“Pulau Pinang sudah memohon bantuan daripada Persekutuan sejak beberapa tahun lalu, tetapi kerajaan terdahulu tidak mengendahkannya,” kata Anwar.

Anwar berkata, dana untuk pembangunan LRT di Pulau Pinang itu merangkumi geran dan pinjaman Persekutuan.

“Kita perlu berjumpa dengan pihak berkaitan, termasuk Kementerian Pengangkutan berhubung perkara itu dalam tempoh satu hingga dua minggu,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan membantu negeri berdasarkan keperluan rakyat, bukan hanya untuk kepentingan politik.

Ahli Parlimen Tambun itu juga berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang menjadi negeri diterajui parti pembangkang, menerima dana besar untuk menangani isu, seperti banjir serta kemiskinan.

Selain itu, Anwar menggesa negeri berkenaan mengurangkan projek mega Pulau Pinang Pulau Selatan (PSI) yang mencetuskan kontroversi di Batu Maung.

Projek ini terdiri daripada tiga pulau buatan manusia, dengan yang pertama digelar Pulau Silikon dan ia dijadualkan bermula akhir tahun ini.

Kumpulan masyarakat awam Pulau Pinang sebahagian besarnya bertelagah berhubung projek PSI, dengan beberapa pihak meminta campur tangan Anwar untuk membatalkannya.

Anwar berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sudah memberi jaminan bahawa projek itu akan memberi impak minimum kepada ekologi kawasan berkenaan. – The Vibes, 6 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 22 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad