web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Perak Jangan Susah Hati, Kerajaan Negeri Kukuh Sehingga Tamat Tempoh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 4:08PM

Saarani Mohamad berkata, dakwaan bahawa pentadbiran negeri berkenaan akan bertukar dua bulan lagi itu, sama sekali tidak berasas - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik spekulasi pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Perak dijangka ‘tumbang’ Julai ini, Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan perkara itu.

Beliau berkata, dakwaan bahawa pentadbiran negeri berkenaan akan bertukar dua bulan lagi itu, sama sekali tidak berasas.

Katanya, ia kerana tiada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, menunjukkan tanda untuk meninggalkan kerusi masing-masing.

“Di Perak, kita ada 59 kerusi DUN, jadi untuk tubuhkan kerajaan negeri, mana-mana gabungan perlu membuktikan kepada Sultan Perak yang mereka ada sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN.

“Sekarang, pembangkang ada 26 kerusi dan kerajaan pula ada 33 kerusi, jadi mereka perlu cari lagi empat kerusi untuk menjadi kerajaan.

“Empat kerusi ini mahu cari di mana? Lagipun kita ada Akta Lompat Parti, jika mereka ‘lompat’, maka kerusi itu akan diisytiharkan kosong dan perlu diadakan semula pilihan raya,” katanya seperti dilaporkan Utusan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Rumah Teres Setingkat Carnelian 2 dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, dalam isu terbabit, mana-mana ADUN kerajaan dinasihatkan membuat pertimbangan sewajarnya, jika ada antara mereka menerima tawaran melompat parti.

“Jadi orang politik ini kena cerdik, jangan mudah termakan (umpan). Fikir semula, bila mereka lompat, mereka akan gugur sebagai ADUN dan tidak boleh lagi bertanding mewakili kawasan itu,” katanya.

Saarani berkata, bagaimanapun hasil ‘pemeriksaannya’ dengan ADUN Pakatan Harapan (PH) mendapati, tiada siapa dalam kalangan wakil rakyat itu, menunjukkan keterujaan untuk meninggalkan DUN masing-masing, termasuk ADUN daripada Barisan Nasional (BN).

“Jadi di Perak, saya tidak rasa ada (cubaan jatuhkan kerajaan), di tempat lain saya tidak pasti.

“Rakyat di negeri ini jangan susah hati, insyaallah kerajaan ini kukuh sehingga tamat tempoh,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, PAS Perak menafikan wujud gerakan daripada parti itu untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan di Perak, bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri berkenaan diadakan serentak dengan PRN di enam buah negeri lain.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dilaporkan berkata, tiada usaha ke arah itu walaupun kerajaan negeri gabungan BN dan PH ibarat ‘kahwin paksa’ dan boleh ‘bercerai’ pada bila-bila masa. - Getaran, 6 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad