web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


WHO Isytihar COVID-19 Bukan Lagi Kecemasan Kesihatan Global

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 7:00AM

Pengisytiharan itu dibuat selepas menerima syor daripada Jawatankuasa Kecemasan #COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 yang mula ‘menyerang’ dunia sejak kira-kira tiga tahun lalu, kini tidak lagi menjadi masalah kecemasan kesihatan global.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pengisytiharan itu dibuat selepas beliau menerima syor daripada Jawatankuasa Kecemasan #COVID-19.

“Semalam (kelmarin), Jawatankuasa Kecemasan #COVID-19 bermesyuarat buat kali Ke-15, sebelum mengesyorkan saya mengisytiharkan berakhirnya kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa.

“Saya sudah mengambil nasihat itu. Dengan penuh harapan saya mengisytiharkan penamatan COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan global,” katanya menerusi Twitter malam tadi.

COVID-19 yang juga dikenali sebagai koronavirus mula dikesan pada pertengahan Disember 2019 di Wuhan, Hubei, China dan diiktiraf sebagai pandemik oleh WHO pada 11 Mac 2020.

Virus COVID-19 menular antara individu melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin.

Akibat penularan meluas di seluruh dunia sehingga menyaksikan kes jangkitan dan kematian meningkat ketara, usaha mencegah penyebaran COVID-19 dilaksanakan, termasuk menerusi sekatan perjalanan, kuarantin, pengurungan, penangguhan dan pembatalan acara serta penutupan kemudahan.

Malah, penularan COVID-19 membawa kepada gangguan sosioekonomi global, termasuk aktiviti sosial, selain penangguhan dan pembatalan acara kebudayaan, keagamaan serta kesukanan

Jangkitan itu turut menular di Malaysia dan menyaksikan ia berada di tempat ketiga bagi jumlah kes jangkitan COVID-19 dan kematian paling tinggi akibat penyakit tersebut di Asia Tenggara, selepas Indonesia dan Vietnam.

Setakat 22 April lalu, sebanyak 5,066,877 kes direkodkan di Malaysia dengan sebanyak 5,015,705 kes sembuh sepenuhnya dan 37,011 kes kematian, manakala 14,161 kes masih aktif.

Jawatankuasa Kecemasan WHO buat kali pertama melakukan pengisytiharan bahawa COVID-19 sebagai isu kecemasan kesihatan global pada 30 Januari 2020.

Pengisytiharan itu membantu mempercepatkan penyelidikan, pembiayaan dan langkah kesihatan awam antarabangsa untuk membendung penyakit terbabit. – Getaran, 6 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

IHR, Perjanjian Pandemik: Malaysia Berpegang Kepada Prinsip Kesaksamaan Dan Solidariti - PM

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan