Berita Terkini

50 minit yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 51 minit yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 51 minit yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 52 minit yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 3 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Kerajaan, Rakyat Perlu Bersedia Awal Hadapi Ramalan El Nino Kuat Jun Ini

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 1:32PM

Walaupun Malaysia pernah beberapa kali mengalami fenomena El Nino, persiapan awal meliputi semua aspek adalah perlu bagi mengelakkan kepanikan melampau - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persediaan awal bagi menghadapi fenomena El Nino kuat yang diramal berlaku Jun ini perlu dilaksanakan segera dengan melibatkan dua pemegang taruh utama negara iaitu kerajaan dan rakyat untuk meminimumkan impak fenomena itu.

Pakar alam sekitar Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata walaupun Malaysia pernah beberapa kali mengalami fenomena tersebut, persiapan awal meliputi semua aspek adalah perlu bagi mengelakkan kepanikan melampau.

Beliau berkata berdasarkan rekod setakat 2015, El Nino pernah melanda negara sebanyak 12 kali iaitu sejak 1951 hingga 1952 dan kejadian yang paling teruk ialah pada 1997 hingga 1998 apabila catatan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

“Justeru, persediaan kerajaan adalah memantau semua aras air sungai dan empangan, mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan, meneroka sumber air alternatif, menggalakkan orang ramai dan industri menjimatkan penggunaan air, serta melakukan penghasilan awan dan menyediakan sokongan logistik.

“Seterusnya mempertingkatkan segala bentuk bantuan perubatan dan kecemasan seperti ubat-ubatan untuk mangsa selain alat bantuan memadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Untuk rakyat pula, Haliza berkata persediaan perlu dibuat dari sudut mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti krisis air yang menyebabkan langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat sekali gus memberi impak terhadap aktiviti manusia. 

“Setiap dari kita harus mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan-bahan mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan.

“Ini bagi menghindarkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menyebabkan jerebu. Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, ia perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, media melaporkan fenomena El Nino kuat dijangka bermula Jun apabila keadaan cuaca akan berubah disebabkan kehadiran monsun barat daya yang cuacanya dicirikan dengan keadaan kering dan panas.

Berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh Mei hingga Oktober yang dipaparkan di portal Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El Nino Southern Oscillation (ENSO) adalah neutral.

Bagaimanapun, laporan itu memaklumkan keadaan neutral yang sedang berlaku itu dijangka akan memasuki fasa El Nino pada Mei hingga Julai ini dengan kebarangkalian 62 peratus.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Persekitaran Prof Dr Juliana Jalaludin berkata bagi mengelakkan berlakunya strok haba ketika fenomena ini, selain banyak minum air, rakyat dinasihatkan untuk memakai pakaian berwarna terang dan ringan serta mengelakkan aktiviti fizikal.

“Selain itu, sentiasa menggunakan pelindung matahari seperti memakai pelindung matahari spektrum luas dengan SPF (Faktor Perlindungan Matahari) 15 atau lebih jika berada di luar rumah kerana selaran matahari menjejaskan keupayaan badan untuk menyejukkan diri,” katanya.

Beliau juga berkata rakyat tidak digalakkan meninggalkan sesiapapun di dalam kenderaan yang tidak bergerak kerana suhu dalaman boleh meningkat lebih daripada 11 darjah Celsius dalam masa 10 minit apabila berada di bawah matahari.

Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar pula berkata fenomena El Nino akan meningkatkan risiko penyakit berkaitan dengan bawaan vektor seperti denggi dan malaria, serta penyakit bawaan air dan makanan seperti tifoid dan penyakit saluran pernafasan.

Katanya antara persiapan yang boleh dilakukan rakyat bagi menjaga kesihatan masing-masing adalah menyimpan air serta makanan yang sihat dan mencukupi selain memperbanyakkan berteduh di kawasan seperti pokok dan bumbung jika keluar dari rumah.

Dr Zainal Ariffin turut menyarankan kerajaan untuk memastikan perkhidmatan bekalan air awam yang cukup dan cekap, bekalan makanan segar dan murah mudah didapati dan memberi amaran awal kepada rakyat semasa melalui fenomena tersebut. - Bernama

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MB Johor, Anthony Anggap Jocelyn Biadap, ‘Masih Lagi Nak Menegakkan Benang Basah’

oleh Farhana Farush

Semasa 54 minit yang lalu

PRN: BN Bakal Peroleh Lebih Kerusi Di 6 Negeri - Ahmad Zahid

Semasa 2 jam yang lalu

Kemudahan Mesra OKU Di Malaysia Masih Rendah - Nancy

Semasa 1 hari yang lalu

Syarikat Korporat Perlu Melabur Untuk Sistem Keselamatan Siber - Fahmi