web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gabungan 4 Parti Politik Dalam Kerajaan Perpaduan Kuat - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 1:54PM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan empat parti politik utama dalam Kerajaan Perpaduan adalah cukup kuat dan berupaya untuk menangkis komplot menjatuhkan kerajaan.

Mengesahkan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan, Anwar berkata Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyatakan komitmen untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

“Komplot itu ada tetapi tidak ada asas, kita tumpu kerja… tiap bulan ada strategi (jatuhkan kerajaan). Insya-Allah setakat kita pantau, keadaan (kerajaan) cukup kuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI di sini hari ini.

Sebelum ini, portal berita melaporkan dakwaan terdapat percubaan untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan oleh gerakan yang disertai beberapa Ahli Parlimen.

Empat gabungan politik utama - PH, BN, GPS, GRS dan parti Warisan - yang membentuk Kerajaan Perpaduan telah menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama pada 16 Dis 2022 bagi menjamin kestabilan politik serta memacu ekonomi negara.

Mengenai isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Anwar berkata setiap individu mempunyai hak untuk mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pengampunan.

“Kami telah mempertimbangkan, seperti setiap kali saya katakan, orang yang disabitkan kesalahan atau banduan mempunyai hak untuk merayu.

 "Kita perlu mempertimbangkan kes tersebut dan menilai dengan penuh belas kasihan, secara profesional tanpa prejudis," katanya.

Mengenai cadangan untuk menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata cadangan tersebut ada dikemukakan kepadanya namun ia belum dirujuk kepada Jemaah Menteri. 

“Kita akan bincang dulu, ini keputusan dasar, ia ada beri kesan kepada kerajaan dan majikan,” katanya. 

Sebelum ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menggesa kerajaan untuk menaikkan kadar caruman KWSP bahagian majikan daripada 13 peratus kepada 20 peratus. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad