web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Melaka Semak Semula Penarafan Bintang Bagi Hotel

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 12:13PM

Kerajaan negeri Melaka bersama agensi terlibat akan menyemak semula penarafan bintang untuk semua hotel di negeri itu bagi memastikan perkhidmatan diberikan sesuai dengan penilaian diterima. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka bersama agensi terlibat akan menyemak semula penarafan bintang untuk semua hotel di negeri itu bagi memastikan perkhidmatan diberikan sesuai dengan penilaian diterima.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata langkah itu juga bagi memastikan hotel-hotel di Melaka sentiasa menjaga kualiti dan kebersihan penginapan kepada pengunjung.

"Ini bukan sahaja membabitkan aduan yang diterima daripada pelancong, tetapi kita juga mahu berikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong dalam dan luar negara, di samping menjadi sebagai persediaan kita untuk menyambut Tahun Melawat Melaka 2024.

"Sebagai contoh ada hotel yang bertaraf tiga atau empat bintang tetapi perkhidmatan diberikan tidak sampai dengan penarafan bintang yang diterima hotel berkenaan," katanya kepada pemberita pada satu majlis rumah terbuka Aidilfitri di Telok Mas di sini malam tadi.

Hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sementara itu Abdul Razak berkata kerajaan negeri menerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sedang menaik taraf empat muzium di negeri itu bagi menambah baik mutu perkhidmatan kepada pelancong.

"Sehingga 31 Mac lepas jumlah pengunjung muzium di Melaka mencatatkan seramai 329,000 orang dengan jumlah kutipan tiket bernilai RM1.2 juta dan kita optimis sasaran satu juta pengunjung di muzium Melaka dapat dicapai hujung tahun ini," katanya.

Selain itu katanya kerajaan negeri juga bercadang mewujudkan sebuah lagi muzium adat perpatih iaitu adat yang turut diamalkan sebahagian masyarakat di beberapa kawasan di Alor Gajah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad