web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Termasuk Kanak-Kanak Cedera, Kenderaan Terbabas Ketika Lari Daripada Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 6:28PM

Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas kenderaan yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas ketika cuba melarikan diri daripada pihak polis dalam kejadian di susur keluar Putra Heights, Lebuhraya Elite di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata kejadian berlaku pada 1.05 pagi apabila kereta peronda yang sedang melakukan rondaan berkala di sekitar USJ terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Proton Satria dalam keadaan mencurigakan.

“Polis telah mengekori kenderaan itu dari belakang, membunyikan siren serta menyalakan lampu biru untuk mengarahkan suspek supaya berhenti bagi tujuan pemeriksaan namun suspek enggan sebaliknya bertindak melarikan diri sehingga melanggar palang Tol Seafield.

“Sebaik tiba di persimpangan Exit 605 Putra Height, kenderaan itu telah membelok secara agresif dan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dinaiki empat individu iaitu dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lingkungan empat tahun hingga 30-an.

Wan Azlan berkata kesemua orang dewasa terlibat mengalami kecederaan parah manakala kanak-kanak itu hanya cedera ringan dan mereka kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki suspek sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan Shah Alam dan ia dipercayai menjadi punca suspek bertindak melarikan diri daripada polis.

“Bagaimanapun, kesemua suspek (dewasa) yang mempunyai rekod jenayah lampau dengan seorang daripada mereka dikehendaki dalam kes dadah di daerah Hulu Selangor masih belum ditahan kerana sedang dirawat di hospital dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Wan Azlan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta memandu secara gopoh di jalan awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk tampil memberi kerjasama dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7100,” katanya. - Bernama  

TAG: lari, polis, subang jaya, peronda, kenderaan hilang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad