web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisah Mahasiswa Buta Dikongsi Steven Sim Sentuh Hati, ‘Saya Janji Bantu Hingga PhD’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 2:14PM

Ilham yang ditemani isteri, kini berada di peringkat akhir PhD yang memerlukannya ke Amerika Syarikat (AS) selama tiga minggu. - Gambar dari Twitter @scheekeong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ''20 tahun dulu saya hanya mampu ‘beri’ mata dan suara saya untuk bantu Profesor Kamal baca nota PhD (Ijazah Doktor Falsafah), tak sangka saya sekali lagi diberi rezeki bantu Ilham pula.''

Itu kisah menyentuh hati dikongsi Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mengenai kenangannya membantu seorang profesor Sejarah di Universiti Malaya (UM) yang cacat penglihatan untuk membaca tugasan ketika beliau sendiri mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) sama.

Menerusi coretannya di Twitter, Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, beliau mengenali Profesor Kamal selepas menjadi sukarelawan untuk tugasan PhD pensyarah terbabit selama tiga tahun.

“Ketika menginap di Kolej Za’ba, Profesor Kamal ketika itu dah jadi lecturer (pensyarah) Sejarah. Dia tak tinggal di kolej.

“Saya entah macam mana boleh merayau masuk ofis dia kemudian jadi reader (pembaca) beliau. Fakulti pun kitorang berbeza. Hahaha...takdir,” katanya.

Beliau berkata, perkenalannya dan Ilham bermula selepas Profesor Kamal memintanya membantu individu itu.

“Dia (Ilham) anak Felda. Kisahnya amat sedih. Asal nak belajar ekonomi tapi universiti kata dia tak boleh baca lekuk graf jadi tak sesuai.

“Lalu dia ambil sejarah, nak jadi lecturer (pensyarah), tapi bila dah ada master (sarjana), universiti reject (tolak) konon dia tak ada PhD,” katanya.

Sim berkata, kini Ilham berada di peringkat akhir PhD yang memerlukannya ke Amerika Syarikat (AS) selama tiga minggu.

“Dia dan isteri tiada duit. Hotel lebih kurang RM10,000 tak kira makan minum. Ilham kata boleh ikat perut. Mereka dah biasa,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Sim berkata, simpati dengan situasi terbabit dan atas rasa tanggungjawab membantu golongan memerlukan, beliau menghulurkan ‘duit raya’ sebanyak RM15,000 kepada Ilham untuk mencapai impiannya dalam pengajian.

“Saya janji akan beri RM1,000 setiap bulan selama setahun sampai dia bergelar doktor (falsafah).

“Tapi sejujurnya bagi saya, Profesor Kamal dan Ilham jauh lebih hebat. Dan, Ilham, kau ilhamku,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen perkongsian itu, netizen melahirkan perasaan kagum dan berbangga dengan sikap ditunjukkan Sim, malah menyifatkan beliau seorang individu serta pemimpin yang memiliki hati cukup baik, termasuk berbudi kepada semua bangsa.

“Saya kagum! Tiada kata dapat menggambarkan kebaikan anda berikan kepada masyarakat. Terima kasih YB,” ciap pengguna akaun, @zakitalib.

“Ini kisah yang sungguh menyentuh perasaan, hampir saja YB buat saya nangis…Jika ini video memang berjurai air mata,” kata @dingozette.

“Lelaki luar biasa, Tabik spring buat anda YB,” tulis @dimahpiao.

“Semoga Tuhan melimpahkan rezeki berganda kepada individu seperti anda, Profesor Kamal and Ilham,” ujar seorang pengguna.

“Semoga anda mendapat ganjaran atas kebaikan dan kemurahan hati anda, YB,” komen @willowon3. - Getaran, 24 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 43 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar