web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


1,389 Kemalangan Direkod Hari Kedua Op Selamat 20, Kereta Tertinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 9:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,389 kemalangan dilaporkan pada hari kedua Op Selamat 20 semalam, membabitkan 1,601 kenderaan.

Menerusi statistik harian kes insiden itu yang dikongsikan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Facebook hari ini, kereta merekodkan kemalangan paling tinggi, iaitu 1,159 kereta atau 72.39 peratus daripada keseluruhan angka berkenaan.

Ia diikuti motosikal (192 atau 11.99 peratus), pacuan empat roda (112 atau 6.99 peratus), kenderaan pelbagai guna (MPV) (81 atau 5.05 peratus), van (23 atau 1.43 peratus), lori (15 atau 0.93 peratus), bas (13 atau 0.81 peratus), teksi (4 atau 0.24 peratus) dan basikal (2 atau 0.12 peratus).

“JSPT PDRM menasihatkan agar semua pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan, bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya, pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar memandu dengan berhemah dan sentiasa patuh pada undang-undang.

“Sayangi diri jauhi kemalangan,” katanya.

Jumlah direkodkan itu menunjukkan penurunan berbanding hari pertama penguatkuasaan Op Selamat 20, kelmarin, dengan 1,964 kemalangan dicatatkan membabitkan 2,486 kenderaan.

Op Selamat hari pertama menyaksikan sebanyak 1,704 kemalangan membabitkan kereta direkodkan, diikuti motosikal (279), kenderaan pacuan empat roda (206), MPV (150), lori (91), van (44), bas (10) dan teksi (2).

Pelancaran Op Selamat 20 yang perasmiannya disempurnakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani secara maya pada Rabu lalu, akan dikuatkuasakan selama sembilan hari bermula 20 April hingga 28 April ini. - Getaran, 22 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

3

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar