web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Kes Arcturus Dikesan Di Sarawak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 9:40PM

Varian itu ditemui dalam sampel pesakit di Kuching, Sibu dan Serian. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam kes positif COVID-19 disebabkan varian XBB1.16 atau Arcturus telah dikesan di Sarawak.

Varian itu ditemui dalam sampel pesakit di Kuching (3), Sibu (2) dan Serian (1).

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Masyarakat (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr David Perera berkata, laporan mengenai penemuan terbaharu itu telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

“Enam pesakit dengan varian Arcturus ditemui daripada pensampelan aktif 33 pesakit antara 20 Februari dan 13 April lalu.

“Arcturus menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam jangkitan di banyak negara, termasuk India. Jadi kita di Sarawak harus mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya menjelang musim perayaan ini.

“Varian Omicron kekal dominan di Sarawak dengan subvarian berbeza yang menular di negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dua hari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan bahawa jumlah kemasukan pesakit COVID-19 di hospital kerajaan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 26.2 peratus pada minggu epidemiologi ke-15 dari 9 hingga 15 April berbanding minggu sebelumnya.

Kebanyakan pesakit adalah kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu yang mempunyai komorbiditi.

“Dari 1 Januari 2023 hingga 15 April 2023, kadar kematian kes (CFR) COVID-19 dilaporkan 0.3 peratus (berbanding gelombang Delta dengan CFR tinggi 2.1 peratus).

“Sebanyak 80.7 peratus melibatkan pesakit berumur 60 tahun ke atas manakala 82.6 peratus adalah dalam kalangan individu yang mempunyai komorbiditi,” katanya.

KKM turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung peningkatan kes jangkitan COVID-19 semasa Aidilfitri.

Sementara itu, ketika mempengerusikan mesyuarat JPBN Sarawak hari ini, Amar Douglas dalam kenyataannya sekali lagi menyeru orang ramai agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka.

Ujarnya, ia bagi mengelak keadaan cuaca panas dan berjerebu ketika ini bertambah buruk.

Menurutnya, sejak beberapa hari lalu, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri itu merekodkan bacaan tidak sihat. – Getaran, 20 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad