web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


1 Syawal Esok Atau Sabtu? Debaran Bakal Terjawab Malam Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 11:03AM

Sama ada Hari Raya Aidilfitri akan disambut esok atau Sabtu, akan ditentukan malam ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Teka-teki sama ada 1 Syawal akan jatuh keesokan harinya atau Sabtu bakal terjawab dalam tempoh beberapa jam lagi apabila pengumuman rasmi mengenainya akan disiarkan secara langsung di semua saluran rasmi, malam ini.

Sudah tentu, ramai tertunggu-tunggu pengumuman daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Daniel Syed Ahmad sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Sebelum ini kecoh di media sosial kononnya Aidilfitri akan disambut esok sedangkan kalau mengikut perkiraan kalendar asal, ia jatuh pada Sabtu, 22 April.

Spekulasi itu dihangatkan lagi dengan kenyataan daripada Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) yang berpangkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang memaklumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.

Cerapan Hilal Syawal tahun ini akan dijalankan pada petang ini bersamaan dengan 29 Ramadan.
Cerapan Hilal Syawal tahun ini akan dijalankan pada petang ini bersamaan dengan 29 Ramadan.

Bagaimanapun, portal Gulf News melaporkan, beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.

Menurut portal itu lagi, namun begitu, beberapa negara Islam lain berkemungkinan dapat melihat anak bulan pada tarikh tersebut.

Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya.

Desas-desus itu menimbulkan persoalan ramai berikutan pengalaman meraikan Aidilfitri dalam keadaan mengejut tahun lalu.

Memikirkan kembali pengalaman tahun lalu, rakyat masih lagi trauma dengan raya 'mengejut' yang menyebabkan panik dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Sebelum ini, sambutan Aidilfitri bagi negeri seluruh Malaysia tahun lalu dijangkakan pada 3 Mei bersamaan Selasa.

Bagaimanapun, Syed Daniel menerusi siaran langsung khas, mengumumkan bahawa tarikh Aidilfitri adalah pada Isnin, 2 Mei.

Susulan itu, orang ramai menjadi kelam kabut kerana rata-rata belum sempat membuat persiapan bagi menyambut hari raya pada tahun itu.

Namun begitu pengalaman tahun lalu sudah pasti memberi peringatan kepada orang ramai untuk membuat persediaan awal bagi mengelakkan kejadian panik berulang jika berlaku raya mengejut kali ini.

Pengisytiharan tarikh 1 Syawal akan diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu.

Cerapan Hilal Syawal tahun ini akan dijalankan pada petang ini bersamaan dengan 29 Ramadan.

Sehubungan itu, semua pihak diminta menghormati ketetapan berkenaan dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tarikh 1 Syawal.

Sama ada raya jatuh keesokan harinya atau Sabtu, hormatilah dan terima ketentuannya dengan hati terbuka.

Apa yang penting adalah kita dapat meraikan Syawal dengan penuh makna bersama keluarga tersayang selepas sebulan penuh berpuasa. - Getaran, 20 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad