web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunggu Pengumuman Rasmi Tarikh 1 Syawal, Bukan Percaya Pendapat Tertentu - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 11:41AM

Penetapan 1 Syawal di Malaysia adalah berdasarkan Ikmanur Rukyah (kebolehnampakan anak bulan Syawal) yang bergantung kepada cerapan akan dilakukan 20 April nanti. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengingatkan umat Islam agar menunggu pengumuman rasmi berhubung tarikh 1 Syawal, bukan mengikut pendapat atau mempercayai dakwaan mana-mana pihak.

Beliau berkata, pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal akan dibuat pada jam 8 malam di semua saluran rasmi pada Khamis ini, 20 April.

Katanya, Malaysia hanya merujuk kepada pengumuman dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan bukan daripada pihak lain.

“Jadi kalau tuan-tuan dan puan-puan terima apa-apa info (tarikh 1 Syawal), sama ada jam 6 petang, 6.30 petang atau 7 petang jangan percaya.

“Tunggu pengumuman rasmi. Kita tidak ikut pengumuman seperti di Arab Saudi, India atau Indonesia, kecuali kita beraya di sana.

“Kita di Malaysia akan rujuk pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. InsyaAllah saya percaya sambutan Aidilfitri akan jatuh pada satu Syawal. Jadi apa pun tak akan lari,” katanya seperti dilaporkan media.

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Menurutnya, semua pihak juga diingatkan bersedia dengan kemungkinan tarikh 1 Syawal yang diumumkan nanti, bagi mengelak sebarang kekalutan.

Sebelum ini, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim dilaporkan berkata, penetapan 1 Syawal di Malaysia berdasarkan Ikmanur Rukyah (kebolehnampakan anak bulan Syawal) yang bergantung kepada cerapan akan dilakukan 20 April nanti.

“Tiada isu sebenarnya pada tahun ini kerana menurut data diperoleh dan diukur, amat sukar untuk kita melihat anak bulan di tempat kita (Malaysia).

“Namun, masyarakat terkesan dengan sumber dari negara luar yang sudah tentu ukuran anak bulannya berbeza-beza, umur bulan juga berbeza,” katanya.

Terdahulu, tular kenyataan memaparkan ‘Kalender Islam’ di media sosial yang menyenaraikan tarikh penting untuk masyarakat Islam, termasuk 1 Syawal dikatakan akan disambut pada 21 April ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan kalendar dikeluarkan pihak tertentu itu dengan menegaskan ia tidak sahih.

“Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya (Aidilfitri) di negara ini yang dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR), selaku pihak diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja,” katanya. – Getaran, 17 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad