web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Pukul Abang Selepas Ditegur Bertengkar Dengan Ibu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 9:05AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bertindak memukul abangnya dipercayai akibat tidak puas hati selepas ditegur kerana bertengkar dengan ibu mereka. 

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata dalam kejadian pada 4 pagi semalam di rumah mereka di Taman Bukit Angkasa di sini, mangsa mengalami kecederaan luka dan lebam di bahagian belakang badan, bahu kanan serta tangan kiri.

Beliau berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku selepas mangsa melihat suspek bertengkar dengan ibu mereka kerana isu lambat keluar dari bilik air.

"Mangsa yang berusia 24 tahun kemudian menegur adiknya yang dilihat mula mengamuk dan memaki hamun ibu mereka sebelum dipukul suspek dengan getah paip dan sebatang besi selain dicederakan dengan pisau.

“Suspek yang berusia 23 tahun telah ditahan polis dan didapati mempunyai tiga rekod lampau di bawah kes jenayah serta Akta Dadah Berbahaya,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Turut dirampas senjata yang digunakan untuk mencederakan abangnya.

Amihizam berkata suspek direman selama empat hari hingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi