Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anwar Nafi Tidak Fokus Tangani Kos Sara Hidup, ‘Ia Agenda Nasional’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 7:00AM

Anwar akan mempergiatkan usaha pemantauan dan pelaksanaan dasar dan strategi Kerajaan Malaysia MADANI dengan mengadakan mesyuarat setiap bulan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuduhan bahawa beliau tidak lagi memberikan fokus kepada agenda menangani kos sara hidup adalah tidak benar.

Perdana Menteri berkata, ia juga adalah tuduhan liar semata-mata kerana kos sara hidup adalah agenda nasional dan menuntut pendekatan semua pihak di seluruh negara.

Buktinya, Anwar berkata, beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 1 bagi tahun 2023 semalam.

“Mesyuarat ini merupakan mesyuarat NACCOL pertama bagi tahun ini. Namun saya dibantu kedua-dua Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof melalui beberapa jawatankuasa lain.

“Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan (JPP), NACCOL yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Wilayah dan Desa sudah bersidang sebanyak dua kali.

“Selepas ini saya akan mempergiatkan usaha pemantauan dan pelaksanaan dasar dan strategi Kerajaan Malaysia MADANI dengan mengadakan mesyuarat setiap bulan,” katanya menerusi kenyataan selepas mesyuarat itu.

Turut hadir, Fadillah selaku Menteri Perladangan dan Komoditi, Menteri Kabinet yang mewakili tujuh kluster di bawah NACCOL, selain wakil agensi kerajaan, kementerian, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan serta pakar institut penyelidikan.

Anwar berkata, semua pihak terbabit wajar bersama-sama Kerajaan Perpaduan untuk menggembleng usaha dalam membantu rakyat serta mengurangkan berpolemik.

Menurutnya, dalam mesyuarat itu, empat kertas dibentangkan, iaitu masing-masing satu oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan serta dua daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Antara perkara dibincangkan adalah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mempergiatkan Program Pembangunan Pemasaran, dengan menyasarkan Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) sebanyak 2,000 lokasi tahun ini, berbanding hanya 1,000 lokasi pada 2022.

“Jualan ini dijangka memberi manfaat kepada semua lapisan pengguna, termasuk peniaga kerana harga ditawarkan adalah jauh lebih rendah, memandangkannya dibawa terus dari sumber bekalan,” katanya.

Ujarnya, mesyuarat turut dimaklumkan bahawa FAMA mengadakan Jualan Khas Ramadan Madani di 268 lokasi seluruh negara, terdiri daripada pasar tani, pasar tani kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Medan Niaga Satok.

Bermula esok, katanya, FAMA akan mengadakan Jualan Khas Syawal Madani di 113 outlet pemasaran lembaga itu, bertujuan memberi peluang kepada rakyat mendapatkan bahan persiapan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya pada tahap tertinggi agar acara tahunan ‘balik kampung’ tidak dicemari dengan kesedihan dan tangisan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama-sama PROTON serta PERODUA, melancarkan Pakej RAHMAH bagi menawarkan perkhidmatan servis kenderaan bermotor pada harga jauh lebih murah.

“Inisiatif berkenaan adakah usaha Kerajaan Malaysia MADANI serta semua pihak, terutamanya pemain pelbagai industri seperti peruncitan, makanan dan minuman, tekstil, perhotelan, perkilangan berasaskan makanan serta terkini automotif bagi membantu rakyat.

“Mesyuarat NACCOL juga mengambil maklum pembentangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia, bagi melaksanakan satu lagi inisiatif RAHMAH. Pengumuman berkaitan inisiatif RAHMAH tersebut akan dilakukan pada satu tarikh lain kelak,” katanya.

Pada mesyuarat itu, Anwar berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pula membentangkan hasil awal projek rintis bagi Program Ekonomi Sempadan (Projek Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi).

Menerusi pembentangan itu, katanya, pelbagai kesan dan impak positif diperolehi daripada projek rintis yang dilaksanakan di Perlis.

Jelasnya, Program Ekonomi Sempadan itu adalah usaha KPDN dalam mengatasi ketirisan minyak petrol dan diesel, terutama di kawasan berhampiran dengan sempadan negara.

“Laporan awal menunjukkan subsidi kerajaan dapat diselamatkan kerana penjualan minyak petrol dan diesel ini tidak melibatkan peruntukan subsidi. Peluang untuk meningkatkan pendapatan negara juga tinggi melalui cukai jualan dikenakan ke atas kenderaan asing.

“KPDN juga merekodkan kes penyelewengan rendah di Perlis dalam tempoh projek rintis dilaksanakan setakat ini. Malah isu trafik sesak di stesen minyak di Perlis sudah reda dengan pelaksanaan ini,” katanya.

KPDN, ujarnya, akan mengeluarkan perincian pencapaian projek rintis itu sepanjang dua bulan ia sudah dilaksanakan dan sedang dalam kajian kemungkinan untuk dipanjangkan ke negeri lain.

“Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan KPDN sedang memperincikan kaedah subsidi lebih bersasar. Satu kertas pembentangan diangkat kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada mesyuarat akan datang.

“Status semasa Inisiatif RAHMAH turut dibentangkan KPDN pada mesyuarat berkenaan, iaitu Jualan RAHMAH  di 16 pasar raya besar dan rangkaiannya di 118 Parlimen, 8,223 lokasi, 12,000 SKU serta jualan sehingga 31 Disember 2023,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, status itu turut menyaksikan 71,400 Bakul RAHMAH diedarkan 10 penyumbang utama kepada penerima miskin tegar.

“Ia juga membabitkan inisiatif Menu RAHMAH, merangkumi 1,706 premis makan dan restoran serta Bazar Ramadan RAHMAH di 41 lokasi, dengan penyertaan 913 peniaga,” katanya. - Getaran, 14 April 2023

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

oleh Diyana Nawwar

Sukan 10 jam yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia Tewaskan China Acara Regu

Semasa 1 hari yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 1 hari yang lalu

Hembus Nafas Terakhir Di Masjid Ketika Selesai Baca Yassin

oleh Rafisqi Radhi