web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rangka Reput, Berulat Ditemui Dalam Bagasi Di Perhentian Bas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 9:36PM

Sebuah beg bagasi berisi mayat dijumpai di kios perhentian bas Majlis Perbandaran Kulai (MPKU), tengah hari semalam. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Rangka mayat seorang wanita dalam keadaan hampir 50 peratus mereput dan berulat, ditemui orang awam dalam bagasi di kios perhentian bas terbiar berhadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pada kira-kira jam 1.50 tengah hari, anggota polis yang bertugas di bilik gerakan polis membuat aduan bahawa dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki, memaklumkan berhubung penemuan rangka terbabit.

Menurutnya, lelaki itu memberitahu terdapat satu beg bagasi berisi mayat dijumpai di kios perhentian bas Majlis Perbandaran Kulai (MPKU).

“Susulan maklumat itu, pegawai penyiasat kes bersama sepasukan pegawai dan anggota bahagian siasatan jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai ke lokasi kejadian.

“Turut hadir pegawai dan anggota forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, bagi membantu siasatan di tempat kejadian,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati, rangka mayat dalam beg bagasi berkenaan, sukar untuk dijustifikasi jantina, umur dan tempoh kematian,

Katanya, ia kerana keadaan mayat yang mereput lebih 50 peratus dengan pandangan mata kasar dan terdapat ulat maggot.

Rangka mayat itu, jelasnya, dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bagi proses bedah siasat.

“Kira-kira jam 11 pagi hingga 2,30 pagi hari ini, pakar patologi Hospital Sultanah Aminah menjalankan bedah siasat ke atas rangka mayat tersebut.

“Hasil bedah siasat mendapati jantina mayat adalah perempuan berumur anggaran 25 tahun ke atas, selain terdapat kecederaan di bawah kulit kepala,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, sebab kematian masih dalam siasatan dan kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati.

“Pihak polis daerah Kulai memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini, tampil membantu siasatan kes atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sivachandran di talian 016-2850204,” katanya. – Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar