web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sanusi Perlu Henti Buat Spekulasi Kedudukan Dalam Majlis Kewangan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 6:32PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dinasihatkan agar berhenti membuat spekulasi mengenai kedudukannya dalam Majlis Kewangan Negara bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, dakwaan Muhammad Sanusi bahawa kerajaan Persekutuan cuba menyingkirkan beliau daripada menganggotai majlis tersebut, tidak sepatutnya timbul.

Menurut beliau, ini kerana kuasa bagi melantik wakil negeri untuk menganggotai majlis itu hanya boleh dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

“Oleh itu, saya minta Menteri Besar berhenti membuat spekulasi atau kenyataan berkenaan sesuatu yang tidak pasti. Jangan sampai peristiwa beliau kalah saman RM120,000 berulang kembali.

“Dalam hal pelantikan Majlis Kewangan Negara, sudah jelas Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan ia perlu diketuai Perdana Menteri atau mana-mana menteri dilantik, manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri.

“Di sisi Perlembagaan, kuasa muktamad terletak di tangan Sultan Kedah apabila hanya baginda boleh memperkenan wakil negeri di dalam Majlis Kewangan Negeri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi menegaskan dakwaan mengenai usaha terancang untuk menyingkirkan beliau daripada menganggotai Majlis Kewangan Negara bukan drama atau cerita rekaan.

Sebaliknya, beliau mendakwa ada surat daripada Kementerian Kewangan yang dihantar kepada Pejabat Sultan Kedah berhubung apa didakwanya itu.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan surat daripada Kementerian Kewangan yang dimaksudkannya itu.

Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy berkata, adalah tidak wajar Muhammad Sanusi menuding jari kepada kerajaan Persekutuan dengan mendakwa wujud komplot untuk mengetepikan beliau, sedangkan pihak berkenaan tiada kuasa muktamad menentukan wakil negeri.

Pada masa sama, beliau mencabar Muhammad Sanusi agar mendedahkan butiran surat kononnya ada pihak yang melobi agar beliau disingkirkan daripada keanggotaan Majlis Kewangan Negara.

“Ini satu pertuduhan dan spekulasi amat berat dan serius.

“Menteri Besar perlu menghentikan sandiwara politik yang akhirnya menunjukkan beliau tidak benar-benar faham peruntukan undang-undang,” katanya. – Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad