web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Tendang Pintu Surau Kerana Terganggu Bunyi Pembesar Suara Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 5:27PM

Mohd Zaid Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang membuat kecoh dan menendang pintu surau di kawasan flat Sungai Chua, Kajang, Selangor baru-baru ini, ditahan polis pada malam kejadian, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Zaid Hassan berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima satu laporan polis dari seorang lelaki berusia 35 tahun pada jam 10.49 malam, berkenaan kes khianat harta benda di surau berkenaan.

Menurutnya, dalam kejadian pada jam lebih kurang 9.25 malam itu, suspek disyaki bertindak menendang pintu surau, sehingga mengakibatkan kerosakan.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati, suspek yang menetap tidak jauh dari surau berkenaan, menyatakan dia tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau yang kuat.

“Bunyi itu dikatakan mengganggu suspek sekeluarga, termasuk jiran yang tinggal kawasan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis keesokannya.

Hasil siasatan lanjut dan tindakan segera polis, katanya, kedua-dua pihak memberikan kerjasama ketika disoal siasat berkaitan isu perselisihan faham itu.

Ujarnya, beberapa saksi lain yang terbabit turut dipanggil memberikan keterangan, termasuk isu menyebarkan video kejadian sehingga tular di media sosial.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan rumah ibadat dengan niat mengaibkan mana-mana agama.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh hingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali,” katanya.

Mohd Zaid berkata, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian dengan penyebaran video tersebut dan berniat tidak baik.

Sekiranya disabitkan kesalahan, katanya, pelaku boleh dikenakan hukuman satu tahun penjara dan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Pada masa sama, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu, diharap tampil membantu pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804.

“Pihak polis juga menasihati semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan.

“Kes ini sudah diambil tindakan oleh pihak polis bersama dengan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat serta penduduk setempat. – Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad