web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Manfaat Pemanjangan Landasan Lapangan Terbang Sandakan Boleh Dinikmati Setahun Dari Sekarang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 9:00AM

Buat masa ini, penerbangan terus ke Sandakan datang dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Ketibaan pelancong di Lapangan Terbang Sandakan sebelum pandemik dianggarkan sekitar 150,000 setahun. - Gambar Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Daerah Sandakan hanya mungkin mendapat manfaat daripada landasan lapangan terbang yang dipanjangkan bernilai RM81 juta kira-kira setahun dari sekarang.

Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan, C K Teo berkata, walaupun Lapangan Terbang Sandakan kini boleh memuatkan pesawat Kod C tanpa had berat, dan sehingga enam jam masa penerbangan, ia hanyalah “masa buruk” bagi syarikat penerbangan untuk mempertimbangkan penambahan laluan baharu selepas wabak COVID-19.

“Syarikat-syarikat penerbangan di seluruh dunia sedang berhati-hati pada masa ini. Untuk satu, pesawat mereka telah berhenti beroperasi selama hampir dua tahun kerana wabak itu.

“Pesawat tersebut perlu menjalani penyelenggaraan dan ini akan mengambil masa yang lama kerana tidak banyak syarikat layak mengendalikan proses penyelenggaraan.

“Dalam erti kata lain, banyak pesawat sedang menunggu dalam barisan panjang ketika ini, jadi syarikat penerbangan kekurangan pesawat. Mereka sangat berhati-hati dalam membuat keputusan ketika ini, seperti menambah laluan baharu,” katanya kepada The Vibes.

Idea untuk memanjangkan landasan lapangan terbang itu pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 2016.

Kerja naik taraf itu amat dinanti-nantikan oleh penduduk di sini, berikutan ekonomi Sandakan merosot apabila industri pelancongannya mencecah titik terendah selepas pencerobohan Lahad Datu pada 2013, diikuti insiden penculikan di Restoran Makanan Laut Ocean King pada 2015.

Selepas projek pemanjangan landasan itu menyaksikan dua pecah tanah oleh dua kerajaan pada 2017 dan 2020, ia akhirnya siap pada Jun tahun lepas, dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Projek itu menelan belanja RM80.9 juta, dan landasan dipanjangkan daripada 2,133 meter kepada 2,500 meter.

Ketibaan pelancong di Lapangan Terbang Sandakan dianggarkan sekitar 150,000 setahun, sebelum wabak COVID-19.

Teo berkata, sebelum wabak besar melanda, Persatuan Pelancongan Sandakan telah menghubungi Scoot, syarikat penerbangan tambang rendah Singapura, untuk mempertimbangkan penerbangan terus antara Singapura dan Sandakan.

“Singapura mempunyai potensi besar kerana ia merupakan hab transit utama bagi warga Eropah dan Australia. Sebelum pandemik, 50 peratus daripada pelancong asing Sandakan adalah dari Eropah dan Australia, dan hampir 80 peratus warga Australia transit dari Singapura.

“Jika kami mempunyai penerbangan terus dari Singapura, kami boleh menyediakan pilihan yang lebih murah dan lebih mudah,” katanya.

Tetapi rancangan itu dihentikan kerana wabak COVID-19, dan kini persatuan itu sedang menunggu syarikat penerbangan, terutama dari Singapura dan Brunei, untuk memulihkan operasi mereka sebelum menghubungi mereka sekali lagi.

Ketika ini, penerbangan terus ke Sandakan adalah dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Pelancongan Koridor Kehidupan Kinabatangan (KiTA), Alexander Yee berkata, adalah difahamkan syarikat penerbangan mahu membuat keputusan perniagaan yang bijak dengan mengambil kira populasi di Sandakan, yang kini berjumlah kira-kira setengah juta.

“Laluan penerbangan yang berjaya termasuk permintaan yang baik untuk sektor itu serta sambungan dan kekerapan penerbangan. Disebabkan populasi Sandakan yang rendah, berkemungkinan dengan sumber yang terhad (iaitu kapal terbang), syarikat penerbangan akan memilih laluan yang memberikan hasil dan pulangan lebih baik,” katanya.

Bagaimanapun, Alexander berkata, itu tidak bermakna sektor pelancongan di Sandakan sudah ‘mati’ kerana ia menyaksikan peningkatan tahunan sebelum wabak COVID-19 dengan hanya penerbangan domestik dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.

“Sambungan yang baik dari KK dan KL memainkan peranan penting untuk Sandakan berfungsi dengan baik sebagai destinasi ketika itu. Selagi ini dapat dikekalkan, Sandakan masih ada peluang,” katanya. - The Vibes, 13 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan