web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


12 Lebuh Raya Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka - Alexander

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 4:09PM

Sebanyak 12 lebuh raya akan terbabit dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka bermula pertengahan September depan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat konsesi Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE) bersetuju untuk turut serta menawarkan sistem pembayaran tol terbuka di laluan terpilih plaza tol kendaliannya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu menjadikan jumlah lebuh raya yang bakal terbabit di dalam pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka adalah 12.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan lebuh raya yang terlibat di dalam inisiatif ini sebanyak 12,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Alexander berkata, DUKE juga menjadi lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC).

Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi

“Pelaksanaan POC adalah bagi menilai sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) selepas Lebuhraya Sungai Besi.

“POC dijangka bermula pada penghujung Oktober 2023,” katanya.

Pada pertengahan Mac lalu, enam lebuh raya diumum membuat keputusan untuk menggunakan sistem pembayaran tol terbuka, iaitu Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Butterworth – Kulim.

Kemudian, pada 28 Mac, Alexander mengumumkan lima lagi lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka bermula pertengahan September depan.

Menurutnya, lima lebuh raya itu adalah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).

Keputusan itu, katanya, dicapai melalui pelbagai proses rundingan di antara Bahagian Pembangunan & Penswastaan, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan semua pihak berkepentingan, termasuk pihak syarikat konsesi sejak 2022.

Beliau berkata, rundingan itu adalah usaha berterusan KKR bagi memastikan pelaksanaan sistem MLFF dapat dijayakan.

Pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka itu yang menggunakan pelbagai teknologi, katanya, adalah satu daripada langkah persediaan peralihan ke arah MLFF.

Ujarnya, ia menyaksikan terminal pembayaran tol menggunakan kad debit atau kredit disediakan pada satu lorong di plaza tol. – Getaran, 12 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan