web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Tipu, Rizab Tanah Melayu Selangor Meningkat Bila PAS Tiada - Amirudin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 8:45PM

Amirudin Shari ketika menyangkal dakwaan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, jumlah rizab meningkat kepada 162,505.25 hektar berbanding 162,162.04 hektar pada tahun 2018 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keluasan rizab tanah Melayu di Selangor kian meningkat selepas PAS tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ketika menyangkal dakwaan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, jumlah rizab meningkat kepada 162,505.25 hektar berbanding 162,162.04 hektar pada tahun 2018.

“Dakwaan yang dangkal. Ini adalah faktanya, rizab tanah Melayu di Selangor 2018 (ialah) 162,162.04 hektar (dan pada) 2022, 162,505.25 hektar.

“Jumlah tanah rizab Melayu di Selangor meningkat setelah Pas tiada dalam kerajaan,” katanya menerusi ciapan ringkas di Twitter.

PAS Selangor awal hari ini memaklumkan, rizab tanah Melayu di negeri itu turun mendadak berbanding zaman pemerintahan parti berkenaan beberapa tahun lalu.

Ahmad Yunus mendakwa, data Rizab Tanah Melayu setakat 30 November 2022 menunjukkan, keluasan rizab tanah turun sebanyak 3,200 hektar pada 2019 hingga 2021.

“PAS telah memerintah Selangor melalui Pakatan Rakyat pada tahun 2008 (dan) sejak itu Rizab Tanah Melayu mencatatkan peningkatan yang ketara sebanyak lebih 30,000 hektar.

“Namun, jumlah Rizab Tanah Melayu mulai menurun secara mendadak daripada tahun 2019 hingga 2021 sebanyak 3,200 hektar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ahmad Yunus menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik bin Nik Ahmad berhubung penurunan jumlah rizab tanah di beberapa negeri. 

Membidas kenyataan itu, Ahmad Yunus berkata, berdasarkan kepada data, Rizab Tanah Melayu di Kelantan yang diperintah oleh PAS mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1.453 juta hektar.

“Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak pula tiada maklumat yang jelas berkenaan Rizab Tanah Melayu atau hak milik Bumiputera.

“Atas dasar akauntabiliti dan tatakelola yang baik, PAS menggesa kerajaan negeri Pakatan Harapan di Selangor memberi penjelasan kepada rakyat dan orang Melayu berkenaan kehilangan 3,200 hektar rizab Tanah Melayu di negeri ini untuk tempoh dari 2019 hingga 2021,” katanya

Dalam sidang Parlimen pada 29 Mac lalu, Nik Nazmi memaklumkan keluasan kawasan pewartaan tanah rizab Melayu di Kedah menurun daripada 721,888.93 hektar pada 2021 kepada 716,537.28 pada tahun lalu.

Selain Kedah, dua lagi negeri yang turut mencatatkan penurunan jumlah keluasan tanah rizab Melayu adalah Perak dan Kuala Lumpur. 

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Juwairiya Zulkifli berkata, keluasan Tanah Rizab Melayu Selangor telah meningkat secara strategik kepada 401,935.96 ekar (2019) dan 403,123.39 ekar (2021) sejak PAS tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri mulai tahun 2018.

“Ini bermaksud keluasan Tanah Rizab Melayu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan Negeri Selangor telah meningkat sebanyak 7,176.89 ekar, termasuk pewartaan di Hilir Tambahan – Hulu Langat, Kundang – Kuala Langat, Selayang Pindah – Gombak, Ulu Semenyih – Hulu Langat, dan Bukit Cherakah – Petaling.

“PAS wajar memohon maaf kerana cuba memfitnah dan menipu warga Selangor. PAS harus muhasabah dan mengelak daripada amalan tercela dengan menyebar fitnah, terutamanya pada bulan Ramadhan ini,” katanya. - Getaran, 10 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad