web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Premis Dalam HIDE Bukan Disahkan Sebagai Kluster Penyebaran - Khairy

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 2:53PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua premis atau lokasi yang disenaraikan dalam sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bukanlah suatu kluster yang telah disahkan sebagai kluster penyebaran COVID-19.

Sebaliknya, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata semua premis yang disenaraikan itu adalah premis berpotensi menjadi kluster sekiranya tiada tindakan awalan diambil.

"Premis yang tersenarai di bawah HIDE adalah berbeza daripada senarai kluster yang dilaporkan setiap hari oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Premis yang tersenarai dalam HIDE tidak perlu ditutup kecuali jika diarahkan pihak berkuasa.

"Penyenaraian lokasi dan premis ini membolehkan intervensi awalan (preemptive) dan tindakan wajar diambil oleh pihak berkuasa, pemilik premis serta orang ramai bagi mengelakkan berlakunya kluster baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Khairy mengumumkan kerajaan bersetuju menyenaraikan semua premis yang mempunyai risiko penularan COVID-19 dalam sistem HIDE bermula semalam.

Sistem HIDE, dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan, bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah peningkatan jangkitan COVID-19 dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera.

Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata tempoh tujuh hari pertama bagi premis yang disenaraikan dalam HIDE adalah penting kerana kluster boleh terbentuk dalam tempoh itu sekiranya tiada langkah-langkah pencegahan dilaksanakan.

Menurutnya, tindakan awalan seperti kawalan pergerakan orang ramai dan ujian saringan COVID-19 ke atas pekerja adalah langkah terbaik bagi menghalang penularan COVID-19. 

"Sekiranya tiada titik panas terbentuk di premis hasil tindakan awalan yang dilaksanakan, premis akan dikeluarkan daripada senarai HIDE dalam tempoh tujuh hari selepas disenaraikan. Senarai premis yang telah dikeluarkan daripada HIDE akan diterbitkan secara harian. 

"Bagaimanapun, sesebuah premis berkemungkinan akan disenaraikan dalam HIDE lebih daripada sekali. Ini menandakan tindakan kawalan di premis itu adalah tidak mencukupi. Premis yang sentiasa dikunjungi ramai, sesak serta tanpa sistem pengudaraan yang baik adalah berisiko tinggi untuk tersenarai lebih daripada sekali," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan kunjungan ke lokasi atau premis yang telah disenaraikan, namun sekiranya masih perlu mengunjungi premis tersebut, patuhi garis panduan yang telah ditetapkan serta sentiasa mengamalkan budaya normal baharu.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, jumlah premis tertinggi yang diletakkan sebagai 'hotspot' adalah di Kuala Lumpur, diikuti Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Putrajaya, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka. 

Senarai penuh boleh didapati menerusi laman sesawang Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Facebook Public Health Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 tahun yang lalu

9 Pusat Beli Belah Johor Ditutup Kerana HIDE

2

Semasa 5 tahun yang lalu

Disenarai Dalam HIDE, AEON Melaka Tutup Untuk Proses Sanitasi, Perkemas SOP

3

Semasa 5 tahun yang lalu

Stesen LRT Dibuka Seperti Biasa - Kementerian Pengangkutan

4

Semasa 5 tahun yang lalu

HIDE Bawa Persepsi Buruk, Musnahkan Kelangsungan Perniagaan - PPK

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad