web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laman Sesawang Imigresen Digodam, Akses Ditutup Sementara Waktu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 4:38PM

Jurucakap Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengesahkan bahawa portal jabatan itu di www.imi.gov.my berdepan ancaman serangan siber - Gambar Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen (Imigresen) telah digodam, menyebabkan jabatan itu menutup laman dalam taliannya untuk ‘penyelenggaraan sementara’.

Jurucakap Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengesahkan dengan pemberita dalam grup WhatsApp bahawa portal jabatan itu di www.imi.gov.my berdepan ancaman serangan siber.

“Akses kepada laman web itu telah ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan bahagian teknologi maklumat dan rekod jabatan menyelesaikan isu terbabit dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia,” katanya.

Setakat berita ini ditulis, halaman itu kekal tidak boleh diakses menggunakan peranti mudah alih dan komputer, manakala carian Google untuk halaman tersebut membawa pengguna ke pautan tertera perkataan ‘Digodam oleh Kapten Smok3r’.

Foto laman web yang digodam seperti dirakam di Lowyat.net menunjukkan gambar seorang lelaki dengan kapsyen ‘hanya untuk keseronokan’ dan mesej dalam bahasa Parsi.

Dalam hantaran ringkas di Facebook pagi tadi, jabatan itu berkata, portal dalam taliannya sedang diselenggara buat sementara waktu.

“Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sistem Pertanyaan Dalam Talian (SPO). Segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Tangkapan layar Google
Tangkapan layar Google

Hantaran itu tidak menyebut apa-apa cubaan penggodaman dan juga tidak memaklumkan bila laman sesawang itu akan dibuka serta beroperasi semula.

Pada Februari lalu, laman web rasmi kerajaan Pulau Pinang dilaporkan digodam sehingga menjejaskan maklumat peribadi lebih 600,000 rakyat.

Data bocor itu didakwa dimuat naik ke tapak forum ‘BreachForums’ pada 18 Januari oleh seorang pengguna dikenali sebagai ‘LeakBase’. —The Vibes, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Geng Sojul' Seludup Migran Tumpas, 2 ‘Transporter' Ditahan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesesakan Zon Motosikal Di ICQ Akibat Gangguan Sistem M-Bike - JIM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 2 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95