web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Tidak Benar Bayaran Tambahan Yuran PIBG Sehingga Bebankan Ibu Bapa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 8:55PM

Fadhlina berkata KPM sentiasa memantau bagi memastikan pihak sekolah mematuhi prosedur ditetapkan supaya yuran PIBG yang dikenakan tidak membebankan ibu bapa. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) meminta mana-mana pihak pengurusan sekolah supaya tidak mengenakan bayaran tambahan, menerusi sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sehingga membebankan ibu bapa.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu dinyatakan KPM melalui Surat Pemakluman Sumbangan PIBG pada 15 September 2021 yang memberi peringatan kepada semua sekolah, agar tidak mengenakan bayaran tambahan dalam sumbangan itu dan mematuhi garis panduan disediakan.

Beliau menegaskan, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 sememangnya membenarkan PIBG mengutip apa-apa sumbangan dan ia diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan daripada anggota, tetapi keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri yang juga Pendaftar Negeri.

“KPM tidak menetapkan sebarang bayaran yuran di sekolah,” katanya.

Fadhlina Sidek - Gambar fail
Fadhlina Sidek - Gambar fail

Bagaimanapun, katanya, ibu bapa atau penjaga murid adalah digalakkan memberi sokongan kepada PIBG dalam apa-apa aktiviti dirancang, termasuk mendapatkan dana untuk membantu sekolah dalam aspek pengurusan programnya.

“KPM yakin dengan peranan dimainkan PIBG dalam memastikan kemajuan serta pembangunan murid dan sekolah serta guru,” katanya.

Fadhlina berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai di Dewan Negara di sini, hari ini.

Menerusi soalannya, Dominic meminta Fadhlina menyatakan bagaimana KPM akan menyelia caj yuran PIBG di peringkat sekolah yang kian membebankan ibu bapa dan penjaga.

Tegasnya, kerajaan sebelum ini memansuhkan setiap bentuk yuran di sekolah dalam usaha mengurangkan beban kewangan ibu bapa.

Malangnya, Dominic berkata, masih terdapat sekolah yang mewajibkan pelajar memberi ‘sumbangan’ bagi program sekolah.

Justeru, beliau ingin tahu adakah KPM menyedari perkara itu dan bagaimana kementerian berkenaan memantau keadaan terbabit agar ia tidak menyusahkan ibu bapa dan penjaga.

Jelas Fadhlina, KPM sentiasa memantau dan memastikan sekolah mematuhi prosedur ditetapkan supaya tidak membebankan ibu bapa.

“Dalam hal ini, Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2011 Garis Panduan Kutipan/Bayaran Keperluan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah berkaitan sebagai rujukan pihak sekolah,” katanya. - Getaran, 3 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini