web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JBPM Laksana Operasi Medevac Bantu Wanita Orang Asli Keguguran Dapatkan Rawatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 1:13PM

Mangsa, Faridah Biyor yang diiringi adiknya Nasila Biyor dibawa keluar dari perkampungan tersebut menggunakan pesawat Agusta Westland 189 (AW189) pada pukul 12.52 tengah hari. - Gambar ihsan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) bagi membantu seorang wanita Orang Asli yang mengalami keguguran dari Kampung Dakoh, Pos Balar untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Gua Musang, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata mangsa Faridah Biyor, 34, yang diiringi adiknya Nasila Biyor, 28, dibawa keluar dari perkampungan tersebut menggunakan pesawat Agusta Westland 189 (AW189) pada pukul 12.52 tengah hari. 

"Pesakit memerlukan pengusung untuk dibawa keluar kerana mengalami sakit perut sehingga wajahnya mengalami kepucatan.

"Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor, pada 11.26 pagi dan sampai di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pukul 12.20 tengah hari untuk mengambil dua kakitangan Kementerian Kesihatan untuk menyertai misi pemindahan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Hasrizal operasi yang diketuai Kapten Badrul Hisham Bahar Shah selamat tiba di Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor, pada 2.10 petang dengan operasi penerbangan tersebut mengambil masa selama dua jam 30 minit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Orang Asli Dipercayai Dibaham Harimau Ditemukan Di Kawasan Cerun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Nahas Helikopter JBPM, 7 Individu Dalam Keadaan Stabil - CAAM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bomba Terbangkan 2 Pesakit Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad