web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Nazrin Berkenan Berbuka Puasa Bersama Media, Terima Zakat Perniagaan RM1.64 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 7:49AM

Sultan Nazrin berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat, dengan jumlah keseluruhan RM1.64 juta. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama media, badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan belia di Istana Iskandariah di sini semalam.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini, serta Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin.

Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat, dengan jumlah keseluruhan RM1.64 juta.

Penyerahan zakat perniagaan didahului Bank Islam Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusinya Tan Sri Dr Ismail Bakar dengan jumlah RM520,000, CelcomDigi Berhad diwakili Ketua Hal Ehwal Kerajaan Roslan Rosli (RM419,454).

Telekom Malaysia Berhad pul adiwakili Pengurus Besarnya Badrul Hisham Bahari menyerahkan zakat RM309,855, Boustead Plantations Berhad oleh Pengarahnya Izaddeenn Daud (RM295,247) dan GB13 Group Sdn Bhd oleh Ketua Pegawai Eksekutif Balakumarr Karupiah (RM100,000).

Sultan Nazrin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama para tetamu serta berkenan berangkat ke majlis santapan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad