web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Harap Pelantikan Ab Rauf Bawa Perubahan Kepada Melaka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 9:43PM

Ahmad Zahid hadir pada majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pelantikan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka akan membawa perubahan kepada negeri itu terutama potensi untuk menarik pelabur. 

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata Ab Rauf juga diharap meneruskan kerja-kerja Ketua Menteri terdahulu Datuk Seri Sulaiman Md Ali. 

"... bukan hanya meneruskan kesinambungan kerja-kerja Datuk Seri Sulaiman tetapi melakukan perubahan yang boleh meletakkan Melaka ke paras lebih menarik terutama pelaburan dan pelancongan, saya difahamkan ada kawasan industri yang berpotensi dibangunkan dan boleh membawa pelaburan sehingga RM100 juta dalam masa empat tahun ini," katanya. 

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 hari ini. 

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam. 

Sementara itu hampir 1,500 terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat telah diraikan dalam majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah itu. 

Ia menjadi lokasi ketujuh di 13 negeri selepas majlis yang bermula di lokasi pertama di Masjid Batu 8, Gombak, Selangor.

Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan duit raya dan bakul makanan kepada 140 anak-anak yatim dan tahfiz.

Pada majlis itu juga, turut disampaikan Bantuan Imarah Masjid daripada Risda kepada dua masjid setempat dengan nilai RM6,000. 

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk menaik taraf Sekolah Izzudin Shah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar