web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Negeri Tanggung Pengurusan Jenazah 4 Beradik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 9:06PM

Thein Ko Htut (tiga dari kiri) kehilangan empat anak dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Kerajaan negeri akan menanggung kos pengurusan jenazah empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini, malam tadi.

Pengerusi Jawatakuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor,  Mohd Fared Mohd Khalid berkata pihaknya turut menyediakan tempat tinggal sementara kepada ibu bapa kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata bantuan awal turut diberikan melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebanyak RM3,000 serta bantuan kecemasan daripada Pejabat Daerah Muar sebanyak RM2,000.

Selain itu, katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga memberikan keperluan pakaian, tilam, selimut dan lain-lain bagi membolehkan keluarga berkenaan menjalani kehidupan seperti biasa.

“Kita juga berusaha untuk menyediakan kediaman sementara yang tidak jauh dari tanah perkuburan. Ketika ini, pejabat daerah telah kenal pasti rumah inap selama seminggu," katanya ketika melawat ibu bapa empat beradik itu di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, hari ini.

Mohd Fared berkata pihaknya dimaklumkan proses bedah siasat masih berjalan sehingga kini dan jenazah empat beradik itu dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Jalan Batu 6, Bakri.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan membantu aspek kebajikan lain daripada pengurusan hospital sehinggalah pengebumian.

Pada kejadian 7.49 malam tadi, empat beradik berusia tiga hingga lapan tahun, maut selepas rumah mereka terbakar sehingga 70 peratus di kampung berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam