web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wan Fayhsal, Buat Laporan Palsu Ialah Kesalahan Jenayah - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 5:30PM

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal -Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Membuat laporan palsu adalah satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng.

Ingatan tersebut diberikan pemimpin DAP itu kepada mengingatkan Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini.

Menurut Guan Eng, ia susulan laporan polis yang dibuat Wan Ahmad Fayhsal terhadap beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pelepasan cukai Yayasan Albukhary, semalam.

"Anwar bercakap benar apabila beliau berkata, rekod dengan Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa sebagai Menteri Kewangan dari Mei 2018 hingga Februari 2020, saya tidak pernah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary. 

"Ini disokong oleh kegagalan Muhyiddin menunjukkan sebarang bukti atau menunjukkan surat pembatalan daripada saya semasa saya menjadi Menteri Kewangan," katanya. 

Lim Guan Eng - Gambar fail
Lim Guan Eng - Gambar fail

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, Anwar juga bercakap benar apabila menyatakan, pembatalan status pengecualian cukai terletak pada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bukan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri atau Menteri Kewangan. 

"Wan Ahmad Fayhsal kemudiannya memetik Seksyen 44(6B) Akta Cukai Pendapatan 1967 sebagai bukti bahawa apa yang diperkatakan oleh Anwar adalah salah. 

"Namun Wan Ahmad Fayhsal menunjukkan kejahilan dan kedangkalan pengetahuannya tentang hal ekonomi, kewangan atau percukaian apabila Seksyen 44(6B) merujuk kepada rayuan kepada Menteri dan bukannya Menteri yang memulakan pembatalan status dikecualikan cukai," katanya.

Guan Eng berkata, beliau tidak melihat fail Yayasan Albukhary semasa menjadi Menteri Kewangan dan tidak berada dalam kedudukan untuk memutuskan sebarang rayuan, kerana tiada satu pun dibuat oleh Yayasan Albukhary kepadanya. 

“Jelas sekali tiada pembatalan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary semasa saya menjadi Menteri Kewangan. 

"Ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat sebarang pembatalan ke atas status pengecualian cukai Yayasan Albukhary seperti yang didakwa Muhyiddin. Jika ada pembatalan sedemikian, maka ia hanya boleh dilakukan semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri," dakwanya. 

Semalam, Wan Ahmad Fayhsal telah membuat laporan polis terhadap Guan Eng dan Perdana Menteri berkaitan pelepasan cukai Yayasan Albukhary.

Laporan tersebut dilakukan susulan penafian dibuat Guan Eng yang merupakan Menteri Kewangan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH.

Beliau didakwa Muhyiddin sebagai individu bertanggungjawab membatalkan status pengecualian cukai ke atas yayasan tersebut.

Dakwa Muhyiddin, penjelasan Anwar bahawa Menteri Kewangan tidak mempunyai kuasa campur tangan dengan keputusan Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 mengelirukan Dewan Rakyat.

Kelmarin, Guan Eng membuat laporan polis terhadap Muhyiddin kerana mantan Perdana Menteri itu didakwa memfitnah, apabila menuduh beliau membatalkan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.

Katanya, laporan polis tersebut dibuat terhadap Muhyiddin kerana Ahli Parlimen Pagoh itu melakukan fitnah jenayah (criminal defamation) terhadap beliau, menerusi kenyataan pada 9 Mac lalu yang dikatakan menyalahi Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

“Muhyiddin sudah mengeluarkan kenyataan di luar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditangkap dan dibebaskan pada 9 Mac 2023 bahawa ‘Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) tertubuh. Menteri Kewangan daripada DAP, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian yang diluluskan kepada Yayasan Albukhary’.

“Muhyiddin mengulangi fitnahnya terhadap saya dalam satu kenyataan media pada 11 Mac dan satu sidang akhbar pada 12 Mac. Sehingga sekarang Muhyiddin gagal sama sekali untuk menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaan beliau, khususnya surat arahan saya yang membatalkan pengecualian cukai tersebut,” katanya. - Getaran, 25 Mac 2023












 

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad