web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 3:49PM

Lim Guan Eng membuat laporan polis terhadap Muhyiddin kerana Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa melakukan fitnah jenayah (criminal defamation) ke atas beliau di Balai Polis Dang Wangi, di sini, hari ini. - Gambar dari Facebook Lim Guan Eng

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mantan Perdana Menteri itu didakwa memfitnah beliau bertindak membatalkan pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, laporan polis tersebut dibuat terhadap Muhyiddin kerana Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa melakukan fitnah jenayah (criminal defamation) berkenaan terhadap beliau, menerusi kenyataan pada 9 Mac lalu yang dikatakan menyalahi Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

Muhyiddin Yassin - Gambar fail
Muhyiddin Yassin - Gambar fail

“Muhyiddin sudah mengeluarkan kenyataan di luar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditangkap dan dibebaskan pada 9 Mac 2023 bahawa ‘Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) tertubuh. Menteri Kewangan daripada DAP, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian yang diluluskan kepada Yayasan Al-Bukhary’.

“Muhyiddin mengulangi fitnahnya terhadap saya dalam satu kenyataan media pada 11 Mac dan satu sidang akhbar pada 12 Mac. Sehingga sekarang Muhyiddin gagal sama sekali untuk menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaan beliau, khususnya surat arahan saya yang membatalkan pengecualian cukai tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis itu di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Lim Guan Eng mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis hari ini.
Lim Guan Eng mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis hari ini.

Menurut Guan Eng, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan spesifik untuk membatalkan sebarang pengecualian cukai yang dinikmati Yayasan Al-Bukhary.

Malah, tegasnya, ketika di Parlimen semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau bercakap benar semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.

“Anwar menyatakan kerajaan mengesahkan dari rekod Kementerian Kewangan bahawa Guan Eng semasa menjawat Menteri Kewangan, tidak pernah membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan percukaian yang sebelumnya didakwa diberikan kepada Yayasan Al-Bukhary,” katanya.

Sehubungan itu, kata Guan Eng, Perdana Menteri menyatakan dakwaan dibuat Muhyiddin adalah tidak benar.

Jelasnya, kuasa membatalkan cukai diletakkan di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bukan di bawah Perdana Menteri atau Menteri Kewangan.

“Anwar menambah bahawa kerana hakikatnya kelulusan hanya dibuat pada 25 Februari 2021, iaitu kelulusan pengecualian cukai di luar kebiasaannya yang membabitkan kedua-dua pihak, Yayasan Al-Bukhary dan Kumpulan Al-Bukhary.

“Jelas sekali, fitnah Muhyiddin yang tidak berasas ini berniat jahat untuk memainkan sentimen bagi mengalihkan perhatian daripada empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan ratusan juta ringgit dihadapi Pengerusi PN itu,” dakwanya.

Guan Eng memberitahu, amat mudah untuk pemimpin itu mengapi-apikan atau menghasut perasaan rakyat yang boleh mengancam harmoni kaum dan agama, selain menggugat keselamatan negara serta ketenteraman awam.

Masakan tidak, katanya, apabila seorang Menteri Kewangan bukan Islam difitnah sengaja membatalkan pengecualian cukai diberikan kepada sebuah pertubuhan amal Islam.

“Fitnah Muhyiddin ini dibuat terhadap saya dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah saya.

“Selain daripada fitnah jenayah terhadap saya, Muhyiddin berniat jahat dengan sengaja cuba membangkitkan pecah keamanan (breach of the peace) di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan membuat fitnah terhadap saya dan kenyataan fitnah yang boleh menyebabkan khianat awam di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan,” dakwanya.

Beliau seterusnya menuntut pihak polis menyiasat Muhyiddin. - Getaran, 22 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad