web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemandu Lori ‘Kantoi’ Cuba Seludup 1,500 Liter Diesel Bersubsidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 2:03PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Cubaan seorang pemandu lori menyeludup kira-kira 1,500 liter diesel bersubsidi bernilai RM26,725 di Pasir Gudang, Johor semalam, digagalkan pihak berkuasa apabila individu terbabit ditahan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Johor, Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, sepasukan polis marin dari Unit Risikan Marin (URM) menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di sekitar Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.

Menurutnya, susulan penahanan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 60  tahun yang juga pemandu lori terbabit ditangkap.

“Pihak polis turut membuat rampasan terhadap barangan disyaki digunakan suspek untuk melakukan aktiviti penyeludupan minyak bersubsidi.

“Rampasan berkenaan membabitkan sebuah lori dengan dua tangki plastik dianggarkan mengandungi 1,500 liter minyak, satu pam minyak berserta hos dan satu telefon bimbit .

“Hasil semakan rekod mendapati suspek tidak memilikinya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum mengikut Seksyen 22 (1) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya. - Getaran, 22 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam