Berita Terkini

3 jam yang lalu: Malaysia destinasi mesra Muslim terbaik OIC 3 jam yang lalu: Bali keluar panduan etika untuk pelancong 3 jam yang lalu: Bursa Malaysia akan ditutup pada 5 Jun sempena cuti umum Hari Keputeraan Agong 3 jam yang lalu: Dua remaja ditemukan lemas di Sungai Pahang 3 jam yang lalu: Zambry mulakan lawatan kerja ke Perancis dengan bertemu rakan sejawatan Catherine Colonna

IKUTI KAMI


Lawatan PM Ke Arab Saudi Peluang Tingkat Kerjasama Sedia Ada, Teroka Kerjasama Baharu - Duta

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 9:24AM

Wan Zaidi Wan Abdullah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEDDAH - Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dijangka dapat mempertingkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan negara Timur Tengah itu, di samping meneroka kerjasama dua hala yang baharu.

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata dalam lawatan tiga hari tersebut, perdana menteri dijadual menghadap Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga merupakan Perdana Menteri Arab Saudi.

“Pertemuan ini akan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkan isu dan kerjasama dua hala yang berkepentingan, di samping meneroka peluang kerjasama baharu bagi memperkasakan jalinan hubungan antara kedua-dua negara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Anwar dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz pada 6.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia) diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Ini merupakan lawatan rasmi ke negara luar ASEAN pertama buat Anwar dan juga lawatan pertamanya ke Arab Saudi sejak menyandang jawatan perdana menteri pada 24 November tahun lepas. - Bernama

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jho Low Di Bawah Tahanan Rumah Di Shanghai?

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Kes Bunuh, Bakar Kekasih Hamil: Lelaki Didakwa Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Vaksin Pneumokokal Diperluas Kepada Kanak-Kanak 4, 5 Tahun

Semasa 1 hari yang lalu

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM