web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Sedang Muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 7:05PM

MOF berkata inisiatif itu akan memberi kemudahan kepada ahli KWSP menggunakan baki simpanan dalam Akaun 2 sebagai sandaran bagi mendapat pembiayaan daripada institusi perbankan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang memuktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendapatkan sumber kewangan tunai tanpa perlu membuat pengeluaran daripada simpanan mereka.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini berkata inisiatif itu akan memberi kemudahan kepada ahli KWSP menggunakan baki simpanan dalam Akaun 2 sebagai sandaran bagi mendapat pembiayaan daripada institusi perbankan.

“Inisiatif ini tidak akan membebankan rakyat kerana kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan yang terlibat dalam inisiatif ini dijangka antara 4.0 hingga 5.0 peratus setahun.

“Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8.0 hingga 15 peratus,” katanya.

Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran melalui pengeluaran pada umur persaraan.

“Ini adalah selaras dengan objektif pelaburan KWSP sebagai sebuah dana persaraan jangka panjang untuk melindung dan menambah nilai simpanan ahli melalui pengisytiharan kadar dividen yang stabil dan mampan,” katanya.

Sementara itu, kementerian tersebut berkata kerajaan tidak akan mempertimbangkan sebarang pengeluaran tambahan baharu simpanan KWSP kerana pengeluaran khas tersebut merupakan langkah untuk membendung impak COVID-19.

“Malah, berdasarkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), kesemua negara yang telah membenarkan pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabung persaraan mereka semasa pandemik telahpun memberhentikan fasiliti pengeluaran awal daripada tabung persaraan sejak 2021,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Bagi Pastikan Syarikat Minyak Bersedia – MOF

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 3 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad