web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Ini Satu-Satunya Murid Tahun 6 Kami’, Cerita Cikgu Aben Buat Netizen Teruja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 9:25AM

Errone adalah satu-satunya pelajar Tahun Enam di SK Ruminding, Inanam, Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkongsian seorang guru, dikenali Cikgu Aben mengenai kisah ‘pelajar tunggal’ Tahun Enam di sekolahnya nyata menarik perhatian netizen yang rata-rata terhibur dan teruja.

Menurutnya, pelajar bernama Errone Erwine itu adalah satu-satunya pelajar Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Ruminding, Inanam, Sabah pada sesi persekolahan 2023/2024 yang bermula semalam.

“Ni la satu-satunya murid Tahun Enam kami di SK Ruminding. Dia la ketua kelas, dia la pengawas, dia la tukang sapu, dia la tukang lap tingkap.

“Hari-hari dia juga tiada orang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sejak dimuat naik semalam, perkongsian itu menerima 9,800 tanda suka, 904 komen dan 833 perkongsian setakat jam 8.10 pagi ini.

Perkongsian itu memaparkan Errone Erwine bergambar berlatar belakangkan jadual waktu kelas, jadual waktu tugas harian dan carta organisasi pelajar.

Ternyata, jadual waktu tugas harian itu menunjukkan hanya dia yang bertugas melakukan rutin ringkas harian bagi mengekalkan keceriaan kelas, iaitu menyampu, mengemas dan mengelap tingkap.

Lebih menarik perhatian netizen, apabila carta organisasi pelajar kelas itu menunjukkan nama Cikgu Aben sebagai guru kelas, manakala Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan senarai nama murid semuanya hanya tertera Errone Erwine.

Menerusi ruangan komen, netizen berjenaka dengan mengatakan pastinya ada ‘untung rugi’ terpaksa dilalui pelajar itu.

“Dia juga pengawas. Kalau dia bising, dia marah diri sendiri…,” kata seorang pengguna Bibie.

“Rugi kau dik (adik), time cikgu nak soal, tak boleh lah kau tunduk blkg member (kawan),” gurau Rauf.

“Confirm (sah) sudah kau nombor 1 dalam kelas dik hehe,” komen Velove.

“Cikgu kalau hari sukan macam mana lah?,” soal Chenddy, sebelum dijawab secara gurauan seorang netizen ‘semua acara sukan dia nombor 1. Boleh kumpul banyak medal, sijil dan piala’.

Di sebalik komen, ramai memberikan kata-kata semangat kepada Errone Erwine untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran, selain berharap gurunya terus menjadi pendidik terbaik.

“All the best (semoga maju jaya) adik,” kata Ajeng.

“Bestnya pelajar ni seorang sahaja, dia dapat fokus apa yang cikgu ajar. Cikgu pun boleh sepuasnya menurunkan ilmu cikgu kepadanya,” ujar seorang pengguna.

“MashaAllah untung dia, cikgu 100 peratus bagi perhatian kat dia.. Semoga berjaya dunia akhirat adik,” kata Izati.

“Tak pening cikgu nak ajar. Ini namanya full-time tuition (tusyen sepenuh masa). Semangat ya cikgu walau seorang saja murid,” respon Cnie.

Manakala ada segelintir netizen bertanya adakah situasi itu disebabkan anak kepada penduduk di kawasan sekitar tidak ramai belajar di Tahun Enam atau sememangnya tidak ramai jumlah penduduk di situ.

“Lucu tapi dalam masa yang sama kesian, mesti dia pelajar yang cemerlang kan, jauh dari perkampungan ke tu cikgu?” aju Lily.

“Nda (tidak) ramaikah penduduk kampung sana tu cikgu?,” tanya De.

“Teringin pula nak tengok kawasan kampung dia macam mana pulak, ramai ke tidak penduduk kat situ,” kata Anah. - Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar