web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Haji RM1,000 Untuk Golongan B40 Tahun Ini - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 9:35PM

kerajaan akan menanggung kenaikan kos menunaikan ibadah haji sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah haji golongan B40 pada tahun ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan akan menanggung kenaikan kos menunaikan ibadah haji sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah haji golongan B40 pada tahun ini.

Anwar berkata perkara itu merupakan perubahan yang dilakukan Kerajaan Perpaduan berkaitan pemberian subsidi kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. 

“Kita buat perubahan untuk golongan B40, walaupun tahun lalu semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini untuk B40 (kos haji) naik RM1,000. Tahun ini sepatutnya naik RM1,000, saya kira-kira rasanya untuk B40 tak perlu.

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

“Jadi kenaikan RM1,000 itu akan ditanggung Kementerian Kewangan supaya orang (B40) boleh pergi (menunaikan ibadah) haji tanpa kenaikan (kos),” katanya dalam ucapan penggulungan dan penangguhan Kongres Nasional Khas PKR 2023 di sini hari ini. 

Bagi golongan M40 pula, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kenaikan kos haji adalah sebanyak RM3,000 manakala golongan T20 perlu membayar kos haji sepenuhnya. 

“Jadi ini cara kita melihat yang tidak dilakukan oleh kepimpinan sebelum ini kerana tahun sebelumnya masih naik (kos haji),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Tabung Haji menjangkakan kos bagi menunaikan haji tahun ini akan meningkat lebih RM2,000 kepada RM30,850 bagi seorang. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad