web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SUHAKAM Lantik Farah Nini Sebagai Pesuruhjaya Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 10:29AM

Dr Farah Nini Dusuki - Gambar dari Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (UM), Dr Farah Nini Dusuki dilantik sebagai Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk tempoh tiga tahun.

Pelantikan itu dibuat menurut subseksyen 5 (2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597] dengan diperkenankan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Farah Nini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang berhubung kanak-kanak.

Azalina Othman Said
Azalina Othman Said

“Beliau kini Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya sejak Disember 2007. Sebelum itu, beliau berkhidmat di Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama 15 tahun.

“Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Cardiff, Wales, United Kingdom pada tahun 2002 dengan tesis yang menganalisa permasalahan sosio-perundangan, bagi melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan pengabaian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azalina berkata, bidang kajian Farah Nini merangkumi perundangan mengenai pengadilan jenayah (criminal justice), undang-undang kanak-kanak (child law), perlindungan remaja dalam isu kesihatan reproduktif seksual serta pelaksanaan dan penguatkuasaan hak kanak-kanak di Malaysia.

“Pelantikan ini adalah berkuatkuasa mulai 8 Mac 2023,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan berharap dengan pelantikan Farah Nini itu, pelbagai isu kanak-kanak di Malaysia akan diberi perhatian lebih mendalam.

“Ia bagi memastikan hak asasi serta keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di negara kita sentiasa terpelihara,” katanya. – Getaran, 10 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad