web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Dijangka Tahan Muhyiddin Hari ini - Ketua Penerangan BERSATU

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 11:43AM

Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, sebelum dibawa ke mahkamah esok untuk didakwa, kata Ketua Penerangan parti itu, Datuk Razali Idris.

“Beliau (Muhyiddin) sudah diminta datang ke ibu pejabat SPRM di sini dan kami menjangkakan beliau akan ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah esok.

“Kami menganggap ini sebagai satu ketidakadilan kerana BERSATU sepatutnya mengadakan pemilihan parti esok, manakala Dewan Rakyat juga sedang bersidang,” katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Beliau percaya tindakan terbaru SPRM terhadap Muhyiddin itu, bertujuan memusnahkan ‘Perikatan Nasional (PN)’ dan ‘merosakkan’ peluang BERSATU untuk bersaing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Dalam himpunan penyokong BERSATU di kawasan ibu pejabat SPRM itu, kelihatan pemimpin lain parti berkenaan turut hadir untuk memberikan sokongan kepada mantan Perdana Menteri terbabit, termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Pemudanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Muhyiddin dijangka hadir ke ibu pejabat SPRM selepas pegawai suruhanjaya itu menghubunginya, semalam.

Difahamkan, Muhyiddin dijangka didakwa atas tuduhan rasuah berhubung inisiatif rangsangan Jana Wibawa dan perbelanjaan tambahan kerajaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan COVID-19.

Sumber SPRM sebelum ini mengesahkan, ahli politik terbabit yang merupakan pemimpin kanan parti akan didakwa mengikut Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, dua pemimpin BERSATU didakwa berhubung inisiatif Jana Wibawa yang secara rasmi dikenali sebagai Program Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Cekap.

Ia bertujuan mempercepatkan pelaksanaan projek oleh kontraktor Bumiputera sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan pemulihan ekonomi negara daripada COVID-19.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa meminta dan menerima rasuah bernilai RM6.9 juta untuk membantu sebuah firma swasta mendapatkan kontrak kerajaan bernilai RM232 juta pada 2022.

Beliau dan Timbalan Ketua BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad merupakan dua pemimpin awal yang didakwa atas pertuduhan rasuah melibatkan Jana Wibawa, diperkenalkan Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini dilaporkan Muhyiddin juga adalah suspek dalam siasatan Jana Wibawa oleh MACR. - The Vibes, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi