web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Undang-Undang Baharu Tangani Kesalahan Kecil Dadah Mampu Selesaikan Isu Kesesakan Penjara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 12:29PM

Undang-undang baharu dikenali sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan) akan diperkenalkan iaitu jika seseorang itu didapati mempunyai dadah pada tubuhnya, dia akan dihantar ke program pemulihan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Undang-undang baharu akan diperkenalkan tahun ini bagi menghapuskan kesalahan kecil dadah juga bakal menyelesaikan masalah penjara yang terlalu sesak, kata Kementerian Dalam Negeri.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Dewan Rakyat bahawa undang-undang itu akan dikenali ‘Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan)’.

 Saifuddin Nasution Ismail - Gambar dari Jabatan Penerangan
Saifuddin Nasution Ismail - Gambar dari Jabatan Penerangan

“Di bawah Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 15(1), jika seseorang itu ditangkap dengan dadah yang terdapat pada tubuhnya, dia boleh didenda RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

“Perancangan kerajaan sekarang ialah mengubah undang-undang supaya jika seseorang itu didapati mempunyai dadah pada tubuhnya, dia akan dihantar ke program pemulihan,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wong Chen (Subang-PH) mengenai komitmen kerajaan untuk menghapuskan kesalahan dadah kecil, bagi mengurangkan populasi di penjara Malaysia.

Katanya, dua jenis program pemulihan dadah itu, membabitkan sama ada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), masyarakat atau kedua-duanya.

“Pemulihan di bawah AADK akan mengambil masa dua tahun, kemudian individu terbabit akan keluar dan menjalani program lain selama dua tahun dalam komuniti.

“Jika pengguna dadah dihantar terus ke program pemulihan dalam komuniti, tempohnya adalah selama tiga tahun,” katanya.

Pada masa ini, 39 penjara di negara ini mempunyai kapasiti untuk 65,000 banduan.

Bagaimanapun, timbul masalah kesesakan di penjara apabila terdapat 74,459 banduan ketika ini. – The Vibes, 8 Mac 2023

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 15 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad