web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Surat RoS Kepada UMNO, Saifuddin Beri Penjelasan Di Parlimen Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 7:17AM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menjawab isu surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kepada UMNO di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, beliau akan memberi penjelasan mengenai pengecualian yang diberikan kepada UMNO mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 yang dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat, semalam.

“Saya tahu ramai media yang ingin dapatkan penjelasan lanjut berhubung kait dengan peruntukan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 sebagaimana kenyataan media saya pagi tadi (semalam).

“Tapi saya juga perlu hormati pertanyaan yang dikemukakan beberapa Ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini (semalam).

“Maka saya akan ambil ruang esok (hari ini) untuk menjawab hal berbangkit dalam perkara ini di Dewan Rakyat, InsyaAllah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, malam tadi.

Takiyuddin Hassan - Gambar fail
Takiyuddin Hassan - Gambar fail

Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta Saifuddin menjelaskan kriteria dalam memberi pengecualian kepada UMNO daripada mematuhi Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung keputusan usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu.

Takiyuddin yang juga Ketua Whip Parlimen PN mendakwa, kenyataan terbaharu menteri berkenaan dilihat bercanggah dengan surat dikeluarkan ROS bertarikh 2 Mac lalu yang tular semalam.

Jelas beliau, surat tersebut mengatakan bahawa RoS mendapati usul tambahan UMNO yang dibuat ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 adalah tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan perlembagaan parti berkenaan.

Malah, Takiyuddin berkata, RoS dalam surat yang sama memutuskan usul tambahan berkenaan adalah tidak sah.

Shahidan Kassim - Gambar fail
Shahidan Kassim - Gambar fail

Sementara itu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pula memaklumkan akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat hari ini berhubung kewujudan surat yang dikatakan daripada RoS mengenai pemilihan UMNO.

Semalam, Saifuddin dalam satu kenyataan memaklumkan, KDN memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen 13(1)(c)(iv) akta berkenaan pula memperuntukkan Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta itu.

Pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO memfailkan notis bantahan kepada RoS berhubung ketetapan PAU 2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan itu yang didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti. – Getaran, 8 Mac 2023

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Syed Saddiq: Pengeluaran RM1 Juta Tak Boleh Disamakan Dengan Pecah Amanah - Mahkamah Persekutuan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

oleh Sophia Ahmad